in

Kata Nasi Lemak RM12 Terlalu Mahal, Wanita Kena Serang Peniaga Di Johor

Ft Pelanggan Diserang Nasi Lemak Mahal Sangat

Seorang wanita dari Johor Bahru didakwa telah diserang oleh pemilik gerai kerana mengadu nasi lemak dari kedai itu terlalu mahal.

Perbalahan itu berlaku pada hujung minggu lalu pada 8 Oktober, kira-kira jam 11 pagi, di sebuah gerai yang terletak di Skudai, Johor Bahru.

Kakak kepada pelanggan itu, Huang, menjelaskan bahawa dia melawat ke gerai itu bersama mangsa dan tiga anak saudaranya, lapor China Press.

 

Tak nak bayar sebab dianggap terlalu mahal

Screenshot 2022 10 13 151831

Menurut Huang, mangsa merungut kerana harga nasi lemak yang dipesannya terlalu mahal. Katanya, nasi lemak tersebut dikatakan berharga RM12 tetapi laporan daripada seorang lagi pelanggan memberitahu wanita itu bahawa pelanggan biasanya perlu membayar RM15, justeru hidangan itu dikira ‘murah’.

Bagaimanapun, wanita itu tetap tidak puas hati dengan harga tersebut dan enggan makan serta membayar nasi lemak itu kerana merasakan ia tidak berbaloi.

Sebaik sahaja mendengar rungutan pelanggan itu, pemilik gerai tersebut dikatakan terus berang dan bersemuka dengan wanita itu.

Bagaimanapun wanita tersebut tetap dengan pendiriannya untuk tidak membayar nasi lemak itu dan ia membuatkan pemilik gerai jadi marah.

Situasi menjadi tegang apabila pemiliknya membaling nasi lemak itu ke arah wanita tersebut dan menolaknya sampai jatuh ke lantai sebelum perbalahan itu dileraikan oleh pelanggan lain yang hadir ke gerai itu.

Selepas ianya dileraikan, dikatakan pemilik gerai itu cuba lagi menyerang wanita tersebut sambil membawa pisau. Namun begitu, tindakannya segera dihentikan oleh orang ramai.

 

Pelanggan ada serang peniaga

Screenshot 2022 10 13 151845

Menurut pihak peniaga, pelanggan itu didakwa telah menyerang pemilik gerai itu juga. Meninjau rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pemilik kedai itu memang dilihat datang menemui pelanggan dan bertengkar dengannya, tetapi sebaliknya dilihat membuang nasi lemak pelanggan itu ke lantai.

Disebabkan itu, pelanggan itu mengambil semangkuk sup panas yang berada di atas meja dan membaling ke arah pemilik kedai tersebut sebab nak balas sebelum berlakunya kekecohan itu.

“Kedua-dua pihak bersalah dan mereka telah pergi ke balai polis untuk membantu siasatan,” kata pengurus itu.

Pihak kedai juga turut mengesahkan bahawa kedua-dua pihak juga akan menanggung kos perbelanjaan perubatan masing-masing bagi menyelesaikan isu tersebut.

Baca : “Demi Allah kita tak dengki” – Peniaga Nasi Lemak Buka Mulut Isu ‘Serang’ Pesaing

Ft Makcik Nasi Lemak Bagi Respon