in

“Kat sini karipap inti oksigen” – Viral di TikTok, Saiz ‘Snack’ Jepun Sama Macam Gambar Di Bungkusan

Feature 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jepun sememangnya terkenal dengan kecekapannya sama ada dari segi pengangkutan awam atau pun kebersihan. Susah betul nak jumpa sampah bila melancong di sini kan. 


Kali ini viral pula video di TikTok tentang saiz snack Jepun yang memang sama dengan saiz gambar yang dipaparkan pada bungkusan makanan ringan tersebut. Video tersebut telah dikongsikan oleh pengguna TikTok iaitu zaydabarros.

@zaydabarros

My friend told me that snack packaging in Japan is always size-accurate, and now I can’t stop testing it with every snack I eat. #Japan #JapaneseSnack

♬ 春を告げる – yama

Dalam video terbabit, wanita itu mula ‘mengukur’ saiz makanan sebab ada rakannya mengatakan gambar pada packaging makanan di negara matahari terbit itu tak pernah menipu. Ni baru betul, tak ada lah rasa macam kena scam bila beli snack. 

Jadi, dia akan sentiasa check sama ada saiz makanan ringan yang dibeli tu sama atau pun tidak dengan gambar pada plastik pembungkus makanan. Katanya, dah jadi habit pulak. 

Jepun 1

Antara makanan yang bersaiz sama dengan gambar pada bungkusan ialah coklat dan sosej yang dibeli di kedai serbaneka.

Jepun 3

Rata-rata netizen terpegun dengan saiz makanan tersebut sebab kalau kat Malaysia ni, susah nak jumpa saiz makanan macam ni. Kalau beli karipap pun, dapat yang inti oksigen. 

Jepun 2

Ada juga netizen yang memuji budaya berbisnes di Jepun yang dilihat jujur dengan pelanggan. Selain itu, ada juga yang kagum dengan cara orang Jepun yang sangat mementingkan attention to details.

Photo6163721839122164574

Namun, menurut orang Jepun sendiri, tak semua produk makanan Jepun sempurna macam tu. Ada juga sesetengah yang tak sama pun macam gambar. Biasa lah tu, mana ada benda perfect dalam dunia ni kan. 

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 400 ribu kali di platform TikTok manakala video itu juga telah viral di Twitter setelah dikongsikan di platform itu baru-baru ini.

Difahamkan, wanita ini merupakan seorang jurugambar yang tinggal di Jepun dan dia sering berkongsi tentang kehidupannya di negara itu menerusi TikTok.

Baca: Restoran Sushi Di Jepun Pakai Khidmat ‘Abang Sado’ Untuk Tarik Pelanggan

Jepun

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.