in

“Kat rumah sendiri pun tak selamat” – Ibu Tunggal Mati Dibunuh, Tangan Terikat & Mulut Ditutup Dengan Kain Tudung

Collage 16

Rumah adalah antara tempat yang kita rasakan paling selamat sekali. Mana taknya, dekat situlah tempat kita paling banyak habiskan masa. Lebih-lebih lagi kalau kita dah tinggal lama dan dan kenal dengan jiran sebelah menyebelah.

Namun, tragedi yang berlaku pada ibu tunggal dari Sungai Petani, Kedah mengingatkan kita yang bahaya tu, ada di mana-mana.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, seorang ibu tunggal ditemui mati dibunuh. Mayatnya dijumpai tertiarap di dalam bilik utama rumah sewanya dalam keadaan mulut dan tangan terikat pada jam 7.30 pagi, semalam.

Screenshot 2020 03 09 At 12.23.33 Pm

Ibu tunggal Haziah Yeap Osman berusia 58 tahun ini juga merupakan seorang pengasuh dan dikatakan tinggal bersendirian selepas bercerai dengan bekas suaminya tiga tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati tak ada kesan pecah rumah dan keadaan di sekitar rumah pun tak ada kesan selongkar.

Kedua-dua tangannya diikat ke atas melepasi kepala dengan wayar pengecas warna putih. Manakala bahagian mulut mangsa diikat dari belakang dengan kain tudung berwarna hijau.”

644372

Menurut jiran, kali terakhir dia melihat mangsa adalah pada hari Jumaat lalu ketika mangsa sertai program bacaan Yasin di surau yang terletak tak jauh dari rumah.

Kalau korang nak tahu, kejadian ini hanya disedari apabila seorang bapa yang mahu menghantar anaknya cuba memanggil mangsa beberapa kali tapi tak ada sambutan.

Jiran mangsa berkata, selalunya wanita ini akan menunggu anak asuhannya setiap pagi dengan pintu rumah yang siap di buka, namun apa yang berlaku pagi semalam membuatkan mereka menelefon pihak polis bagi mendapatkan bantuan.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selalunya, kalau tak ada kesan pecah masuk ni, pelaku mungkin orang yang mangsa kenal. Hopefully, pihak polis dapat tangkap pelaku secepat mungkin. Innalillah…

 

Baca: “Dia tak sengaja tetak” – Adik Suspek Bunuh & Simen Abang Percaya Mangsa Yang Cari Pasal Dulu

Screenshot 2020 03 09 At 11.07.41 Am

Sumber: Sinar Harian