in

“Dia tak sengaja tetak” – Adik Suspek Bunuh & Simen Abang Percaya Mangsa Yang Cari Pasal Dulu

Collage 15

Mungkin ramai antara korang yang dah aware tentang pembunuhan kejam yang berlaku antara dua adik-beradik di Kampung Padang Hassan, Kepala Batas yang kecoh semalam.

Tapi, untuk yang tak tahu, menurut Berita Harian, satu mayat lelaki berusia 34 tahun telah ditemui di dalam tong air berisi simen pada jam 7 pagi semalam. Dipercayai, mangsa dibunuh pada tengahari Jumaat lalu dan pembunuhan ini dilaporkan oleh salah seorang adik mangsa semasa suspek sedang tidur.

Dikatakan perbalahan ini tercetus apabila mangsa sering pakai baju pemberian teman wanita suspek dan membuatkan suspek berang.

Namun menurut Awani, adik suspek, Mohd Nazir Azami percaya tindakan abangnya ini adalah tak disengajakan dan suspek hanya mempertahankan diri.

Bunuh Simen Abang

Abang lakukan itu mungkin dia nak pertahankan dirinya menyebabkan dia tak sengaja menetak abang tiri.”

Kalau korang nak tahu, mangsa dan suspek merupakan adik beradik tiri, sama ibu berlainan bapa manakala Nazir merupakan adik kandung suspek.

Tambah Nazir lagi, abangnya ini merupakan seorang yang baik dan kuat agama, jadi insiden ini sangat mengejutkan bagi mereka sekeluarga.

Bukan tu je, walaupun mangsa dan suspek sering bertengkar, menurut Nazir, abang tirinya itu selalu memulakan pertengkaran dulu.

Kedah Man Murdered And Stuffed His Brother Inside A Barrel Filled With Cement World Of Buzz 4

Abang tiri bawa keluar parang, lepas tu abang cuba pertahan diri dengan penyapu. Bila abang tiri cuba tetak abang dengan parang, ketika itulah pergelutan berlaku hingga menyebabkan parang terkena tengkuk.”

Dipercayai, ketika hari kejadian, mangsa dan suspek hanya tinggal berdua di rumah tersebut kerana ibu dan seorang lagi adik mereka pergi ke Melaka kerana ada urusan.

Mangsa pula sebelum ini pernah menjalani pemulihan akibat dadah manakala suspek bekerja sebagai peniaga ayam dan dikenali oleh penduduk kampung sebagai seorang yang baik dan peramah.

Kedah Man Murdered And Stuffed His Brother Inside A Barrel Filled With Cement World Of Buzz 3

Nazir turut memberitahu media yang abangnya ini merancang untuk membuang tong air berisi simen dan mayat ini ke dalam sungai namun kerana rasa bersalah, dia telah menceritakan perkara sebenar kepada keluarganya.

Keluarga mangsa dan suspek reda dengan tragedi yang menimpa mereka dan menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

 

Baca: “Dah macam kes Kevin Morais” – Hilang Waras Sebab Baju, Adik Bunuh & Simen Mayat Abang Kandung

Screenshot 2020 03 09 At 11.07.41 Am

Sumber: Awani
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook