in

“Kasi kutip je mana-mana yang kurang ajar tu” – Bekas Ketua Pemuda Ditahan Hina Agong Dan Permaisuri

Tahanhina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan isu penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di media sosial, seorang lagi individu telah ditahan polis malam tadi.



Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, memetik laporan Harian Metro.

Menurutnya, suspek ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Berikutan itu Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekas Ketua Pemudanya, Khalid Ismath ditahan di rumahnya di Klang, Selangor oleh tiga anggota dari Bukit Aman jam 10.30 malam tadi.

Susulan itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.

Sebelum ini Tunku Azizah bertindak deactivate akaun Twitter rasmi miliknya sehingga menjadi tular di media sosial.

Baca: “Permaisuri Agong kirim salam semua” – Netizen Happy Tengok Gambar Terbaru Tunku Azizah Lepas Deactivate Twitter

Screen Shot 2019 09 14 At 1.18.44 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.