in

Kanye West Dituduh Mempermainkan Agama Islam, Kasut Yeezy Terbaru Guna Nama ‘Israfil’

Israfil

Bagi peminat kasut sukan Adidas, korang mesti tahu salah satu keluaran famous dari jenama ini iaitu kasut Yeezy dari rapper terkenal, Kanye West.

Meskipun kasut ini digemari ramai, namun baru-baru ini, Kanye West dituduh telah mempermainkan agama Islam apabila dia menamakan model baru dari Yeezy ini dengan nama Malaikat di dalam Islam. 

Menurut The National, Kanye telah menamakan model tersebut sebagai Yeezy Boost 350 V2 Israfil. 

Bagi mereka yang beragama Islam, korang mesti tahu kan yang Israfil ialah nama bagi malaikat yang meniup sangkakala ketika sampai masa kiamat.

Tiupan sangkakala yang pertama akan memusnahkan bumi dan tiupan kedua pula akan menghidupkan manusia kembali untuk menjalani perhitungan di akhirat. Haa revise balik belajar Pendidikan Islam kat sekolah! 

 

“Tukar nama” – Netizen

Nama malaikat yang digunakan model terbaru kasut Yeezy ini telah mendapat cemuhan netizen ramai sehingga bahagian komen di Instagram rasmi kasut Yeezy telah dibanjiri dengan hashtag #changename. 

Tukarlaa

Rata-rata netizen juga membawa isu ini ke Twitter dan menuduh pengeluar kasut tersebut serta Kanye West telah mempermainkan agama Islam dengan meletakkan nama malaikat sebagai nama sebuah kasut. 

Malaika

Apa pendapat korang mengenai isu ini? Hmm min pun tak faham kenapa nak kena guna nama malaikat Islam.

Baca: Kanye West Umum Nak Bertanding Jawatan Presiden Amerika Syarikat, Ganti Trump!

Trump Kanye

Sumber: Instagram
Sumber: Twitter