in

Kantoi! Lelaki Bawa Volkswagen Curi Ayam Mentah, Guna Untuk Bisnes Ayam Golek

Jual Ayam Golek Hasil Mencuri Ayam Mentah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam meneruskan kelangsungan hidup, pelbagai perniagaan yang orang sekarang lakukan tak kiralah sama ada menjual baju bundle, sediakan servis buat pelanggan dan berjinak-jinak dalam bisnes makanan.


Walau bagaimanapun, dalam berniaga ni korang janganlah hanya fikir keuntungan sehingga sanggup melakukan perkara haram dan melanggar undang-undang.

Menerusi perkongsian yang viral di Facebook, tular imej dan video dari seorang pembekal ayam mentah di Sungai Petani, Kedah mendakwa mengalami kerugian akibat ayamnya dicuri pada minggu lalu.

Curi Ayam Pukul 4 Pagi

Menurut mangsa, kejadian itu berlaku antara jam 3 ke 4 pagi dan dapat dilihat suspek telah memarkir kereta jenis Volkswagen Golf GTI di hadapan kedai pada jam 3.50 pagi.

Rakaman CCTV juga menunjukkan suspek memanjat masuk ke dalam kedai mangsa dan mencuri stok ayam yang disimpan di dalam bekas tong ais.

Curi Ayam

Boleh tengok full video di sini.

 

Rupa-rupanya curi ayam mentah untuk jual ayam golek? 

Namun ramai yang terkejut apabila mendapat tahu yang ayam-ayam mentah yang dicuri itu telah digunakan untuk menjalankan perniagaan ayam golek yang didakwa dijual di hadapan medan selera Bandar Puteri Jaya yang terletak di sekitar Sungai Petani.

Volkswagen Curi Ayam

Difahamkan juga bakul-bakul yang digunakan untuk meletakkan ayam itu turut dicuri daripada pembekal ayam mentah dari lokasi lain.

Menurut pemilik bakul ayam itu, pencuri ini juga telah lama melakukan kegiatan mereka di sekitar kawasan Sungai Petani dan kali ini ‘kantoi’ apabila aktiviti mereka terakam di CCTV sebagai bukti.

Vocket Naik Volkswagen Curi Ayam 9

Vocket Naik Volkswagen Curi Ayam 6 1

Vocket Naik Volkswagen Curi Ayam 7

Posting yang viral ini telah mendapat pelbagai komen daripada netizen yang berharap agar pelaku dapat ditangkap dengan segera.

Ramai juga pada masa yang sama bersimpati dengan nasib pembekal ayam tersebut yang mengalami kerugian yang sangat banyak.

Harap-harap tak adalah lagi perkara sebegini berlaku selepas tular CCTV kegiatan mereka ini. 

Baca: “Mencuri pon dah upgrade sekarang” – Pencuri Licik Kata Nak Renovate Rumah, Habis Isi Rumah Licin Kena Rembat

Curi Barang

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.