in

Kantoi Berdua-duaan Dalam Kereta, Pasangan Kekasih Pecut Sejauh 130KM Lepas Dikejar Polis

Polis Kejar Berduaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Betul lah orang kata demi cinta ada yang sampai berputih mata…


Sepasang kekasih ditahan pihak polis selepas cuba melarikan diri dan memandu secara bahaya sehingga dikejar oleh 10 buah kereta polis peronda.

Mereka yang berusia 20 dan 18 tahun itu dikatakan cuba melarikan diri kerana takut ditangkap gara-gara sedang berdua-duaan di dalam sebuah kereta di sebuah taman rekreasi dekat Adda Height, Johor Bahru.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Bin Selamat, terdapat aduan orang awam berkenaan situasi kejar-mengejar itu dan ia merupakan susulan daripada terdapat sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan.

https://twitter.com/jnmalaysia/status/1615704302525501442?s=20&t=7Y4rmLEKAo_X6IugsvaEVg

“Ketika hendak membuat pemeriksaan, suspek terus mengundurkan motokar dan melanggar kereta peronda lalu melarikan diri,” katanya.

Situasi kejar-mengejar itu menjadi semakin genting apabila bantuan daripada 10 buah lagi peronda polis berdekatan turut membantu mengejar kereta pasangan kekasih itu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda sebanyak RM 10,000 atau kedua-duanya sekali.

Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 (memandu secara melulu) dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 2 tahun dan denda tidak kurang RM 5,000 serta penggantungan lesen memandu selama dua tahun.

Baca: [VIDEO] Lelaki Cuba Lari Dari ‘Roadblock’ Sampai Polis Terpaksa Lepaskan 5 Das Tembakan

Collage

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.