in

“Kantoi ada boyfriend” – Bapa Tembak Anak Sampai Mati Sebab Tak Boleh Terima Kenyataan Anak Gay

Tembak Anak Gay

Seorang remaja berusia 14 tahun maut selepas ditembak oleh bapanya sendiri di sebuah apartmen dekat Henderson, Nevada pada Khamis lepas.

Wendell Melton, 53, didakwa menembak anaknya, Giovanni Melton kerana tidak dapat menerima kenyataan tentang status seksual remaja itu sebagai gay, lapor Mirror.

Tembak4
sumber: mirror

Menurut ibu angkat remaja itu, Sonja Jones, dia diberitahu oleh ahli keluarga berlaku pergaduhan antara Wendell dan Giovanni di apartmen itu.

Saya dengar dia tangkap anaknya bersama teman lelaki dan tujukan pistol ke arahnya.”

Dia tidak suka anak dia gay. Saya pasti dalam fikiran, dia lebih rela anaknya mati daripada menjadi gay.”

Tembak1

Tembak2
sumber: news 3

Sonja juga berkata dia sering bersembang dengan Giovanni melalui panggilan telefon dan menurutnya juga remaja itu sudah menjadi mangsa dera bertahun lamanya.

Giovanni telah didera secara fizikal, mental dan rohani selama bertahun-tahun lamanya.”

Keluarga dan rakan-rakan menyifatkan Giovanni sebagai seorang yang periang dan sering membuat orang lain tersenyum bila berjumpa dengannya.

Tembak6
sumber: newsweek
Tembak7
sumber: pink news

Wendell dilaporkan sedang menunggu hari pendakwaan di mahkamah minggu depan.

Baca: “Ada ‘orang’ suruh…” – Ibu Telefon 911 Sambil Tikam Anak Lelaki 7 Tahun Berkali-kali

Bunuh Anak