in

Kanak-kanak Tidak Terurus Dijumpai Menangis Disamping Ibu Terbaring Akibat Khayal Dadah

Budak Dadah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga sehabis baik namun kes yang tular pada hari ini telah membuatkan ramai netizen tidak senang duduk. Beberapa gambar dua kanak-kanak sedang menangis di samping ibu mereka yang terbaring di kaki lima tular di Facebook hari ini.


Apa yang menarik perhatian netizen sehinggakan rata-rata memohon bantuan segera tiba untuk mereka adalah kerana ibu kepada dua kanak-kanak tersebut dikatakan terbaring akibat pengaruh dadah. 

Budak Dadah2
sumber: facebook

Status itu tertulis,

“Kesian tengok budak-budak ini menangis. Mak dorang tengah khayal dadah tidur di tepi jalan.”

Melalui gambar tersebut, anak perempuan wanita itu dilihat sedang menangis seperti meminta tolong serta cuba membangunkan ibunya manakala adik lelakinya seperti sedang bingung dan tidak mengerti apa yang sedang berlaku.

Boleh dilihat kedua-dua mereka dalam keadaan tidak terurus dengan kanak-kanak lelaki itu dibiarkan tidak berseluar. Mengikut komen dari netizen yang pernah terjumpa keluarga itu, mereka bukanlah dari negara ini tetapi merupakan warganegara Thailand.

Budak Dadah1
sumber: facebook

Kejadian itu dilaporkan berlaku semalam dan melalui komen-komen dari netizen, tiga beranak tersebut sering dilihat berada di kawasan Chow Kit dan Jalan Putra.

Aktivis sosial Syed Azmi memaklumkan bahawa dia telah menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur yang dikatakan telah ke lokasi pada jam 2.22 petang tadi. Bagaimanapun, kelibat keluarga itu tidak kelihatan di kawasan berkenaan. Syed turut memberitahu supaya sesiapa yang ternampak keluarga itu agar segera menghubunginya.

Seorang netizen yang mengakui pernah terjumpa tiga beranak itu berkata, “Pernah jumpa di Chowkit, nak jual handphone untuk duit. Anak-anak sentiasa dibiarkan bogel dan kencing merata di bus stand.”

Budak Dadah3
sumber: facebook

Ada juga yang mengatakan pernah menghulurkan bantuan makanan kepada mereka.

“Pernah bagi dorang makanan untuk sarapan. Apabila minta datang ke centre tempat aku kerja sebab aku kerja NGO. Esok tu terus hilang.”

Netizen yang membaca post itu rata-rata berharap agar bantuan segera diberikan kepada kanak-kanak itu jika ada yang menemukan mereka.

“Kasihan, budak-budak menangis mungkin kerana lapar.”

“Kepada pihak bertanggungjawab, selamatkanlah anak-anak tersebut.”

Diharap pihak berwajib dapat menemukan mereka dan memberikan bantuan sepatutnya.

Baca: Anak Kecil Terpaksa Tinggal Bawah Tangki Air Kerana Ibu Bapa Tidak Berduit dan Menagih Dadah

Dadah Merempat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.