in ,

Kanak-Kanak Tertembak Abang, Sangka Pistol Hanyalah Mainan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun, Adrian Weaver mati selepas ditembak di bahagian dada pada 9 May lepas di Griffin, Georgia.


Semuanya bermula apabila Adrian dan dua adiknya sedang bermain di sebuah kawasan hutan apabila mereka terjumpa sebuah pistol yang disangka adalah mainan.

Menurut saksi yang juga merupakan jiran mereka, kesemua kanak-kanak tersebut sedang bermain di belakang rumah mereka apabila si adik yang paling kecil terjumpa pistol dan menembak abangnya.

Beberapa jam sebelum kejadian ini, pihak polis sudahpun berada di kawasan tersebut untuk mencari suspek yang disyaki oleh pihak polis. Malah ada sumber mengatakan suspek turut mempunyai senjata api dan telah membuangnya di kawasan hutan tersebut.

Adrian sudahpun selamat dikebumikan, namun mereka sekeluarga terpaksa mengikuti panduan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Hanya 10 orang yang dibenarkan berada di kawasan pengebumian pada satu-satu masa.

Kredit: Metro

 

BACAGuru Imbau Kisah Dihunus Pisau Oleh Pelajar Yang Dulunya Nakal Kini Berjaya

Sumber: Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.