in

Guru Imbau Kisah Dihunus Pisau Oleh Pelajar Yang Dulunya Nakal Kini Berjaya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Guru merupakan antara insan yang paling banyak berjasa dalam kehidupan kita.


Sempena sambutan Hari Guru semalam, tentu ramai yang terkenang kembali kisah-kisah nakal sewaktu di sekolah dulu kan? Bukan kita je, golongan guru pun ada juga yang terkenang anak murid mereka.

Sama macam cikgu yang dikenali sebagai Chuah Kee Man ni, yang menceritakan kembali pengalamannya dihunus pisau oleh seorang pelajar tingkatan empat satu ketika dulu.

Puncanya adalah gara-gara pelajar berkenaan dilarang merokok, sampai dia pula yang jadi mangsa maki hamun sampai nak dibunuh dibuatnya!

Tak lama kemudian, beliau mendapat panggilan daripada ibu pelajar terbabit yang memaklumkan anak sulung daripada tiga orang adik-beradik itu enggan lagi bersekolah kerana ingin membantu keluarga mencari rezeki.

Cikgu itu kemudian memberi sedikit sumbangan sambil meninggalkan nota pesanan untuk anak muridnya itu sebelum berhenti kerja untuk menyambung pelajaran.

Empat tahun kemudian, beliau terkejut apabila dihubungi oleh pelajar berkenaan di Facebook yang ingin berkongsi kegembiraannya dapat masuk ke universiti.

Nak tahu apa yang cikgu tu tulis dalam nota dia sebelum ini?

Betapa besarnya pengaruh seorang guru dalam hidup anak muridnya kan? Jadi, janganlah kita sia-siakan segala penat lelah mereka mengajar kita untuk menjadi manusiawi — agar dapat meneruskan pula bakti kita kepada insan sekeliling.

 

Baca: “Teringat zaman sekolah” – Lagu Keramat Hari Guru Dimainkan Dengan Seruling Oleh Cikgu Ini Berjaya Pukau Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.