in

Kanak-kanak Tendang Ibu Berkali-kali Selepas Dilarang Menggunakan Telefon Pintar

T

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menyayangi serta menggembirakan ibu adalah sesuatu yang kita harus lakukan. Walaupun ketika masih kecil dan belum memahami erti pengorbanan, kita mungkin tidak tahu kesakitan dan kepayahan yang mereka lalui serta pengorbanan yang telah mereka lakukan.


Kita juga mungkin pernah menjadi anak derhaka kerana tidak mendengar kata serta tidak mengendahkan nasihat daripada seorang ibu. Lebih teruk lagi, kita mungkin mengguris hati dan perasaanya dengan kata-kata atau melakukan sesuatu yang dilarangnya.

Namun,kanak-kanak dari China ini secara terang-terangan menderhaka apabila sebuah video berdurasi 8 saat menunjukkan dia menendang ibu kandungnya menjadi viral.

Seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 10 tahun dari China ini tidak menghormati dan  beliau dirakam sedang mengamuk dan menendang ibu kandungnya berkali-kali.

T1

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah hospital di Guangzhou, China.

Di dalam video berkenaan, kanak-kanak lelaki itu dilihat cuba menendang ibunya itu sementara seorang wanita lebih berusia, mungkin neneknya, cuba menghalang tendangan itu.

Selepas kanak-kanak itu berundur sedikit kerana dihalang, neneknya sangka bahawa kanak-kanak itu sudah bertenang jadi beliau terus duduk di kerusi berdekatan. Namun, sebaik sahaja wanita lebih berusia itu melabuhkan punggungnya, kanak-kanak itu semakin melampau dan mula menendang ibunya sekali lagi!

T2

T3

Paling tidak disangkakan, punca kanak-kanak itu mengamuk hanyalah kerana ibunya tidak membenarkannya menggunakan dengan telefon pintar!

Sepanjang tempoh 8 saat itu, ibunya hanya berdiri sambil terus berleter kepada anak lelakinya itu. Perkara sebegini bukanlah sesuatu yang jarang berlaku di China.

Menurut pakar, disebabkan polisi setiap keluarga hanya boleh mempunyai seorang anak di China, mereka (anak) terlalu dimanjakan dan diberikan hampir kesemua yang dimahukan kecuali disiplin.

Sudah tiba masanya ibu bapa di China lakukan sesuatu yang lebih baik untuk mengawal anak mereka dan mengajar mereka bagaimana untuk menjaga tingkah laku serta menghormati orang yang lebih tua.

Tonton video penuh di bawah ini:

https://www.youtube.com/watch?v=bV-90kOaXeE

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.