in

Kanak-kanak Orang Asli Ditemui Maut Di Kawasan Paya Dipercayai Dibunuh, Dirogol

Incollage Save 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak Orang Asli yang ditemui meninggal dunia selepas hilang semalaman dipercayai meninggal dunia akibat dibunuh dan dirogol, lapor Harian Metro. 

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Siput Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, kes yang dahulunya diklasifikasikan sebagai mati mengejut kini diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Menurut beliau, ia susulan keputusan hasil bedah siasat yang selesai dijalankan jam 4 petang tadi ke atas mayat mangsa yang mendapati terdapat kecederaan akibat tekanan di bahagian leher serta kesan koyakan di kemaluan mangsa.

“Susulan itu seorang lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai pertalian darah dengan mangsa ditahan polis sekitar jam 5.30 petang tadi bagi membantu siasatan,” katanya.

Artikel berkaitan: Pembunuhan, Serangan Seksual & Penipuan Besar, Ini 5 Selebriti Yang Terima Hukuman Penjara Yang Lama

Artikel berkaitan: Kematian Tiga Sekeluarga Akibat Rumah Terbakar Di Pagoh Kini Diklasifikasikan Sebagai Kes Bunuh

Nuraina 681X810 1

Terdahulu, media melaporkan mayat seorang budak perempuan berusia 10 tahun ditemukan dalam kawasan berpaya di Kampung Bersah, Pos Kuala Mu di sini selepas dilaporkan hilang sejak semalaman.

Anak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli, yang juga murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan (SK) Pos Kuala Mu, dijumpai dalam keadaan terbaring jam 4.20 petang semalam (Sabtu) selepas dilapor hilang ketika bermain di kawasan sekitar perkampungan itu.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.