in

Kanak-kanak Kreatif Namakan Kucing Tupperware Gara-gara Takut Si Bulus Dibuang Ibu

F4 Cat Tupper

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa nama haiwan peliharaan yang paling unik yang pernah korang jumpa? Pernah jugak kita tengok orang bagi kucing atau anjing mereka nama seperti manusia kan?

Namun, nama kucing yang diberi oleh seorang kanak-kanak lelaki ini juga cukup unik sebab dia telah menamakan si comel itu dengan nama Tupperware! Ha, korang tak salah baca, memang nama kucing tu Tupperware, macam bekas makanan yang kebanyakan mak-mak kita suka kumpul tu.


Menurut Suara.com, kanak-kanak yang dikenali sebagai Aji itu telah memberi nama tersebut kepada anak kucingnya yang baru lahir sebab dia takut anak kucing tu akan dibuang oleh ibunya.

 

Cat Tupper 2

Difahamkan, gambar kanak-kanak itu bersama anak kucing tersebut telah dimuat naik di Facebook oleh Dianti Santi pada Ogos 2019. Dalam perkongsian itu, Dianti berkongsi sebab mengapa kanak-kanak tu pilih nama sedemikian untuk haiwan peliharaannya itu.

Kucing yang baru dilahirkan diberi nama Tupperware supaya tak dibuang oleh ibu,” 

Walaupun gambar tu dah lama, entah macam mana pula boleh kembali viral semula pada tahun ini. Tapi apa-apa pun, comel je budak ni pilih nama untuk kucing dia ni. 

Cat Tupper 3

Untuk korang yang mungkin tak begitu faham, Tupperware kan adalah benda yang paling disayangi oleh ibu-ibu jadi mungkin kanak-kanak ni berharap dia tak akan berpisah dengan kucingnya itu seperti mana ibunya tak akan berpisah dengan Tupperware kesayangan.

Bijak jugak idea budak ni kan. Apa pulak nama haiwan peliharaan korang? Jangan lupa kongsikan di ruangan komen, mana lah tahu boleh ambil inspirasi ke kan. 

Sumber: Suara.com

Baca: Tuan Sentiasa Di Rumah Ketika Pandemik COVID-19 Sebabkan Kucing Alami Stres – Pakar Haiwan

Cat Tupperware 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.