in

Kanak-kanak 12 Tahun Maut Disambar Petir Ketika Guna Telefon Bimbit

Maut Disambar Petir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dilaporkan maut disambar petir ketika sedang berbual dengan rakannya menggunakan telefon bimbit di Gua Musang, Kelantan


Menurut laporan Astro AWANI, mangsa yang dikenali sebagai Nur Asyqin Qistina M. Nor Zawawi itu ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas tilam bilik tidurnya dengan kesan terbakar di bahagian lengan.

51660601522 Mautdisambarpetir

Bapa mangsa, M. Nor Zawawi Awang memberitahu ketika kemalangan itu berlaku dia baru sahaja selesai menunaikan solat Asar di surau berhadapan rumahnya sebelum terdengar dentuman petir yang amat kuat.

“Selepas solat asar berlaku blackout elektrik di rumah, saya kembali ke surau dan isteri panggil balik, anak dalam bilik tak sedar diri dan saya tengok dia pengsan ada sedikit kesan terbakar dekat lengan.

Saya pun terus bawa ke klinik Kuala Betis dan disahkan meninggal,” katanya.

Dia juga memberitahu jenazah anaknya dibawa ke Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuala Betis.

Menurut tinjauan di Twitter, seorang ahli fizik yang dikenali sebagai Zamir Mohyedin menjelaskan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku.

Sentiasa jaga keselamatan tau…

Baca: [TERKINI] Kemalangan Lebuhraya Sebabkan Gangguan Air Di 397 Kawasan Di KL & Selangor

Collage 26

Sumber: Twitter
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.