in

“Isteri tu kan amanah allah” – [Video] Lelaki Didakwa Cuba Tolak Isteri Keluar Dari Kereta Masa Tengah Memandu

Tolak10

Allahu! Memang lumrah kalau hidup dalam perkahwinan itu ada pasang surutnya, kadang-kadang ada je berlaku sedikit pertelingkahan, tetapi mustahil kalau boleh sampai jadi macam satu insiden dekat Penang ni.

Video dimana suami isteri dipercayai bergaduh sehinggakan lelaki tersebut dikatakan sanggup cuba menolak isterinya keluar dari kereta ketika sedang memandu diatas jalan.

 

Cedera di kepala dan mulut akibat dipukul suami

Dalam video berdurasi 1 minit 36 saat itu dilihat kereta itu terhuyung hayang sehingga pintu penumpang bahagian depan terbuka sampaikan tersondol pembahagi jalan.

Kereta itu akhirnya berhenti dan wanita itu cepat-cepat berlaku keluar dilihat seperti meminta bantuan daripada pengguna jalan disitu.

Menurut sumber, persengketaan dalam kereta Suzuki Swift ini berlaku ketika mereka melalui Jalan Megazine, suspek menolak dan meninggalkan mangsa di Jalan Dr Lim Chwee Leong. Ianya terjadi sekitar pukul 7.45 malam.

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Soffian Santong berkata wanita berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan dibahagian muka dan mulut akibat dipukul suaminya.

 

Pelaku seorang penganggur dan sudah ditahan polis

Tambah beliau, pelaku merupakan seorang penganggur berusia 31 tahun dan kini telah ditahan polis pada pukul 12 malam semalam (30/8/2020).

Polis telah merampas kereta tersebut dan berdasarkan hasil siasatan, suspek mempunyai rekod lampau berhubung kes dadah.

Katanya lagi, punca pergaduhan disebabkan masalah keluarga..

“Saringan ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada pengambilan dadah dan suspek ditahan bagi siasatan,” katanya.

Dalam pada itu ramai netizen yang bengang dengan tindakan si suami tersebut.

 

Isteri tu kan amanah allah – Netizen

Tolak5 Tolak6 Tolak7 Tolak8

Menurut Soffian Santong lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1997.

 

Baca : [Video] WOW! Gadis Cantik Ini ‘Cover’ Lagu Kotak Hati Nyanyian Kumpulan Hujan Guna Bahasa Isyarat

Wanita