Pelakon, Ben Amir yang menarik perhatian ramai kerana berhijrah ke Pulau Siargao, Filipina pada tahun lalu telah pun selamat bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Maiya.
Maiya yang juga wanita Filipina difahamkan telah memeluk agama Islam beberapa bulan lalu manakala pasangan ini pula telah disatukan pada Disember 2025.
Ben Amir yang popular dengan drama Sweet Dreams ini telah berkongsikan berita gembira itu dengan peminatnya menerusi Instagram semalam.
Dalam perkongsian yang sama di Instagram juga, Ben turut memuat naik beberapa keping foto perkahwinannya dan isteri.

Artikel Berkaitan: “Baru seminggu masuk Islam…” – Kekasih Ben Amir Dikecam Gara-gara Tidak Menutup Aurat
Artikel berkaitan: “Welcome to Islam” – Ben Amir Kongsi Momen Kekasih Peluk Islam
Alhamdulillah, dengan izin Allah kami telah disatukan pada Disember 2025. Dengan rendah hati saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan baik semua.” tulisnya di Instagram.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat pelakon filem Gantung ini juga turut memenuhi ruangan komen dengan ucapan tahniah atas perkahwinan kedua-dua pasangan merpati sejoli ini.
Tahniah Ben Amir & pasangan!
Sumber: Instagram Ben Amir
