in

“Kami tak boleh masuk masjid dan berpuasa”- Rakyat Malaysia Saksikan Sendiri ‘Penderaan’ Ke Atas Muslim Uighur

Featured 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni kecoh pasal kekejaman ke atas kaum muslim Uighur, segala penyeksaan, penderitaan dan sisi gelap kisah etnik uighur sudah merebak ke seantaro dunia.

Ramai yang sedih dan simpati dengan nasib yang menimpa mereka, namun bagaimanakah perasaan mereka yang terpaksa berhadapan dengan semua benda itu?


Seorang rakyat Malaysia, Zikri Fuad ada berkongsi pengalamannya ketika dia berada di sana selama 17 hari, sewaktu dalam perjalanan dari Malaysia ke Makkah untuk tunaikan haji.

Dia sendiri saksikan bagaimana layanan dan ‘penindasan’ pihak berkuasa di sana ke atas kaum muslim Uighur, ini kisahnya…

Kisah UIGHUR & XINJIANG di Mata Anak Malaysia

https://www.facebook.com/zikri.fuad.9/posts/10157998081112249

UIGHUR & XINJIANG

Alhamdulillah terbaca pasal ada seorang player bola muslim keturunan Turki dalam Liga Inggeris, yg menyatakan berkenaan penindasan ke atas Muslim di Xinjiang…

ye betul. dan penindasan berlaku secara sistematik, dan kami sendiri merasa tempias nya.. walaupun hanya 17 hari di sana..

tengok gambar2 di bawah ni. ia sebahagian kecil dr koleksi perjalanan berkenderaan 4×4 dari Malaysia ke Makkah untuk tunaikan haji pada tahun 2017. saya, sdr hj Jasmi Jantan dan isterinya Bunga Jasmine, hj Khir Ariffin, sdr hj Mohd Ixam, hj Shahuri Zainudin, dan 2 org lagi bersama dalam kembara ni.

80197901 10157998080627249 4264279643000930304 N

79227465 10157998080792249 361730795733254144 N

Gambar ni adalah sebahagian dari 7 masjid besar di bandar Urumqi. ada yg berumur lebih 700 tahun sejak Islam di sini sebelum zaman khalifah Uthmaniyah lagi, iaitu semasa zaman Islam Mongol.

Nak masuk masjid kena minta permit polis, kamera dirampas, tak boleh puasa, rumah penduduk diroboh!

Kami tidak boleh masuk ke mana2 masjid kerana perlu minta permit polis beberapa minggu jika nak masuk masjid. hanya mereka yg tua, berumur lebih 55 tahun, boleh masuk masjid untuk tunaikan solat waktu, itupun dengan kebenaran polis dan ada polis bersenjata mesingan dan mesin scanner di setiap pintu masuk masjid.

80553737 10157998080287249 6520920949980659712 N

79340947 10157998080107249 6024722987431755776 N

setelah hampir 5 masjid kami jalan kaki, dengan izin Allah, dan usaha tekad dan doa, kami berjaya diskusi dengan ketua pegawai keselamatan di salah satu masjid utk solat jemaah Asar di situ. itupun masuk waktu solat, solat jemaah dan lepas tu balik cepat cepat.

Allahu… Innalillah wainna ilaihi rojiun. itu belum cerita tak boleh puasa, kamera kami kena rampas, penduduk sini rumah kena roboh, tak boleh amalkan Islam, tak boleh dapat passport… tak boleh macam2 lagi..

InsyaALlah next penulisan.

maka, rakan2 muslim yg membaca ni, dlm setiap waktu lepas solat, doakan lah saudara Islam kita tertindas ini. Allah Maha Kuasa. ameen

 

Sebagai umat islam, tentunya perkara memang mengejutkan kita semua. Kenapa layanan begitu buruk terpaksa diterima muslim uighur, sedangkan tiada sebarang permasalahan diwujudkan oleh mereka.

Semoga ada keadilan buat mereka semua!

Baca : Kami disuntik supaya hentikan period-Bekas Tahanan Bongkar Kekejaman Di Kem Tahanan Xinjiang

Featured 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.