in

“Kami tahu anda pandai. Alhamdulillah, tapi..” – Hazeman Huzir Bagi Teguran Makan Dalam Buat Wanita Kutuk Orang Bertudung Separuh

Haze9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap perincian kata-kata yang dia berikan untuk mencurahkan pendapat semua padat dengan mesej-mesej berguna untuk di sampaikan. Sikap sebegitulah yang membezakan Hazeman Huzir dengan influencer lain.


Dikenali sebagai bekas pengacara program Motif Viral, kita dapat lihat perubahan dirinya dari segi penampilan, tapi siapa sangka rupa-rupanya ia bukanlah perubahan semata-mata, tapi ia sebenarnya satu penghijrahan.

Pendedahan itu dibuat apabila dia rasa terpanggil dengan tweet seorang netizen yang seolah-olah cuba mencemuh golongan yang bertudung tak penuh, ada kemungkinan individu itu baru langkah awal untuk berubah.

 

Nampak leher pun ok, asalkan tutup rambut

Hijab
Sumber : twitter

Memandangkan tweet cemuhan itu meraih 12.5K perkongsian, ia buatkan Hazeman atau lebih mesra dengan panggilan nama Haze ini terpanggil untuk menepis teguran yang dianggap sebagai kasar dan boleh menjatuhkan dorongan seseorang itu untuk berubah.

Kemungkinan seseorang itu melakukan tindakan sedemikian kerana ia langkah awal individu untuk berhijrah. Haze berkata sedemikian kerana dia sendiri mengaku bahawa dirinya kini sedang istiqomah untuk ke arah yang lebih baik.

Malah Haze sendiri pernah alami detik-detik dipandang rendah oleh masyarakat sewaktu awal-awal dia cuba nak berhijrah dan kembali ke pangkal jalan dek kerana penampilannya itu.Baca ni..

 

Nov 2018, aku masih berambut putih. Tapi waktu itu teringin nak belajar solat dan agama setelah bertahun tak solat. Aku ke masjid.”

Haze2

Saat dia menerima jelingan tajam oleh orang awam ketika nak solat Jumaat, dia menyifatkan tweet individu yang memperlekehkan wanita separa hijab itu saling tak tumpah macam mana cara Haze dipandang serong.

Haze3 1

Bagi Haze, daripada mempersendakan golongan seperti itu, adalah lebih baik kalau dapat memberi bimbingan, sokongan dan dorongan moral kepada golongan tersebut.

Haze5

Perkongsian ini telah meraih lebih daripada 5,000 perkongsian selepas 2 jam ia dimuat naik, ramai yang menyokong dan bersetuju dengan apa yang Haze katakan tadi.

Jadi, sepatutnya kita bimbing lah orang yang cuba nak berubah, buka kutuk, itu lah orang selalu cakap kadang-kadang orang lebih baik ni lagi jahat daripada orang jahat yang kita nampak.

Andaikata nak ikut trend dapat perhatian di media sosial apa kata gunakan cara yang membina daripada menjatuhkan seseorang biarpun tidak ditujukan kepada sesiapa.

 

Baca : “Jangan underpaid sudah” -; Netizen Sokong Tweet Hazeman Huzir Pasal Isu Kerja dan Gaji

Haze6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.