in

“Kami perlukan QR Pay!”- Ini Cadangan Netizen Untuk Peniaga Bazar Ramadan Nanti

F4 Brqr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hanya berbaki beberapa bulan sahaja lagi sebelum umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Ramadan. Tak sabar kan nak puasa dan kejar pahala banyak-banyak.


Jika di Malaysia, penganjuran aktiviti seperti bazar Ramadan ketika bulan puasa sangatlah sinonim dengan masyarakat kita. Boleh dikatakan macam tak lengkap pula kalau tak berkunjung ke bazar ketika Ramadan kan.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Bukhari Ramli telah mengajukan soalan kepada warganet tentang cadangan atau tips yang  netizen mahu usulkan kepada peniaga bazar Ramadan.

Tweet berkenaan telah dibanjiri dengan cadangan dan idea bernas wargamaya tentang perkara tersebut.

Ramai betul warganet yang mencadangkan agar peniaga bazar menyediakan kaedah pembayaran tanpa tunai seperti QR Code, QR Pay atau E-Wallet kepada pembeli untuk membayar harga makanan yang dibeli di gerai mereka.

16
Gambar sekadar hiasan

Ini kerana pada zaman yang semakin moden ini, ramai antara kita yang kurang gemar atau malas membawa duit tunai ketika keluar membeli barang.

9

7

Namun, dalam masa yang sama, ada juga netizen yang mengingatkan peniaga bazar yang menerima kaedah pembayaran tanpa tunai ini agar memastikan pelanggan mereka menekan ‘Approve’ di aplikasi untuk mengelakkan penipuan.

8

Selain itu, netizen juga menggesa peniaga-peniaga untuk mengutamakan kebersihan makanan dan kawasan gerai masing-masing dengan cara mengambil suntikan tifoid sebelum mula berniaga.

Di samping itu, peniaga juga perlu mengelakkan daripada menggunakan sarung tangan atau senduk yang sama untuk menyentuh atau mengambil semua jenis makanan yang dijual.

10

Warganet juga turut menasihati peniaga makanan agar rasa terlebih dahulu makanan yang dimasak sebelum dijual. Kesimpulannya, kena pastikan juadah tu sedap la kan.

Tapi kan tengah bulan puasa, macam mana pula nak rasa makanan tu? Mungkin peniaga kena bagi tester dulu juadah yang nak dijual tu kepada jiran atau keluarga sebelum bulan puasa. Minta mereka rasa dan bagi feedback jujur. Jadi, mana yang kurang tu boleh lah improve dulu kan sebelum jual. 

15
Gambar sekadar hiasan

Paling penting, peniaga-peniaga juga disarankan untuk letak tanda harga yang bersaiz besar untuk setiap makanan dan minuman supaya pembeli boleh buat pilihan dengan mudah.

Jadi, tak payah lah pembeli tu buang masa tanya berapa harga dekat peniaga, tapi akhirnya tak beli pun sebab harga makanan tu melebihi bajet dorang. 

12

Manakala peniaga pula mengingatkan pengunjung bazar ramadan untuk tidak memegang lauk yang dijual tanpa izin dengan alasan nak tengok terlebih dahulu sama ada lauk yang dijual itu liat atau lembut.

Dalam masa yang sama, pembeli juga dinasihatkan untuk membawa bekas atau beg sendiri untuk letak makanan yang dibeli kerana setiap tahun, sisa sampah ketika bulan Ramadan sangat tinggi dan menimbun berbanding bulan-bulan lain, lapor Sinar Harian.

14

Jadi, kami di Lobak Merah berharap agar cadangan dan nasihat daripada orang ramai ini akan memudahkan urusan semua orang ketika bulan Ramadan nanti. 

Sumber: Twitter @bukhariramli

Baca: “9 pagi dah tunggu”- [VIDEO] Lelaki Buat ‘Tutorial’ Jadi Pembeli Pertama Nasi Arab Chef Ammar

Nasi Arab Chef Ammar First Customer

Sumber: E Central
Sumber: Twitter
Sumber: Johor Kini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.