Penyanyi Shila Amzah menjelaskan bahawa dia kini masih belum bersedia untuk bersua dengan ibu dan adik-beradiknya yang lain berikutan dengan konflik yang terjadi pada Oktober lalu.
Jelas penyanyi lagu Patah Seribu itu, ia bagi memulihara emosinya kerana kini sedang sarat hamil anak kedua.
Artikel berkaitan : Syada & Shila Amzah Dah Berdamai, Tiada Lagi Konflik Adik Beradik
Artikel berkaitan : “Bukan tak reti jaga Seth” – Dahi Anak Benjol, Shila Amzah Nafi Dakwaan Tak Reti Jaga Anak
“Sejujurnya hati saya belum bersedia untuk jumpa. Kalau boleh saya tidak mahu tertekan dan suami nasihatkan lebih fokus pada kehamilan.”
“Apabila hamil dalam usia 30-an ini, kita kenalah tenang. Emosi kena jaga. Saya jadi trauma dengar cerita rakan-rakan yang mana kandungan tidak menjadi akibat stress.”
Bagaimanapun, Shila menjelaskan kepada mStar Online bahawa dia masih berhubung dengan ibu dan adik-beradik yang lain atas urusan penting dan hubungan dengan keluarga sama seperti dahulu walaupun sudah lama tak jumpa.
“Hubungan saya dengan keluarga masih sama, tidak bertambah baik mahupun buruk. Walau dalam bulan Ramadan ini mungkin menjadi lebih baik, namun saya tidak mahu fikir dahulu.”
“Kami masih berhubung seperti biasa namun agak terbatas. Saya rasa mereka juga menghormati keputusan saya untuk beri keutamaan terhadap apa yang saya fokus sekarang.”
Jelas Shila lagi, dia terbuka andaikata ibu dan adik-adiknya yang lain mahu datang berkunjung ke rumahnya itu pada Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sumber : mStar Online