Pasangan selebriti, Neelofa dan PU Riz tampil menjawab pertikaian segelintir pihak yang meluahkah rasa kurang senang melihat harga majlis ilmu yang dianjurkan mereka, dikatakan sekitar RM850 terlalu tinggi dan tidak wajar.
Menurutnya, pihak mereka memberikan pengalaman berbeza buat tetamu yang hadir dan harga yang dikenakan itu adalah setimpal dengan apa yang ditawarkan.
“Kami buat di hotel lima bintang dan makanan disediakan sedap. Tetamu yang hadir bukan sekadar datang dan balik.
“Setakat ini, tiada siapa yang merungut dengan apa yang kami berikan,” katanya.

Artikel berkaitan: Tawar Pakej Umrah VVIP Bersama Neelofa & PU Riz, Netizen Terkejut Harga Cecah RM35,000 Seorang
Artikel berkaitan: PU Riz Terkilan Sikap Segelintir Penyokong Kurang Adab Ketika Menonton Perlawanan MU Lawan ASEAN All-Stars
Sementara itu, suaminya PU Riz turut memaklumkan selain memberikan pengalaman berbeza, pihaknya juga mengundang tetamu undangan untuk berkongsi pengalaman secara eksklusif dalam majlis mereka.
“Ilmu yang disampaikan boleh dapat di luar sana, cuma mungkin pendekatan kami agak berbeza. Kami hanya mahu angkat industri ceramah ke tahap lebih tinggi.
“Kami juga bawakan rakan-rakan secara eksklusif untuk kongsi pengalaman mereka.
“Jika ada yang rasa sesuai untuk bayar bagi satu sesi yang baik, mengapa tidak,” ujarnya.
Sehubungan itu, PU Riz berharap penganjuran program mereka dapat diperluaskan kepada lebih ramai orang yang berkemampuan.
Sumber: mStar
