in

“Kami maafkan” – Diherdik Ketika Padam Kebakaran Di Sandakan, Anggota Bomba Tak Kecil Hati Dilabel Tak Berguna

Kebakaran Kampung Bahagia Anggota Bomba Diherdik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dilaporkan menerima herdikan dan kata-kata kesat orang awam ketika menjalankan operasi memadam kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, awal pagi Ahad.

Menerusi rakaman video tular itu, kedengaran orang ramai menjerit serta menyuruh anggota bertugas beredar dengan melabel mereka tidak berguna sebaik jentera tiba di lokasi.


Bagaimanapun, situasi tegang itu berjaya dikawal selepas anggota Polis Diraja Malaysia campur tangan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Jimmy Lagung berkata, insiden seumpama itu bukan perkara luar biasa dan sudah menjadi antara cabaran rutin pasukannya.

Pihaknya tidak berkecil hati sebaliknya memahami tekanan emosi mangsa yang berdepan detik cemas.

“Keadaan seperti ini sudah biasa kami lalui. Kami faham mangsa berada dalam situasi tertekan, jadi kami maafkan dan anggap ia sebahagian daripada cabaran tugas,” katanya.

Artikel berkaitan: Gadis Tular Lepas Rumah ‘Total Lost’ Akibat Kebakaran, Tapi RM30 Dalam Beg Tangan Terselamat!

Artikel berkaitan: Warga Emas Pekak & Bisu M*ut Terperangkap Dalam Satu Kebakaran Rumah

Screenshot 2026 04 21 130519

Difahamkan, pasukan bomba berdepan cabaran antaranya laluan sempit ke lokasi kejadian serta kenderaan yang menghalang pergerakan jentera penyelamat.

Terdahulu, berlaku kebakaran dahsyat di Kampung Bahagia yang mana sekurang-kurangnya 8,000 penduduk terjejas apabila kira-kira 1,000 rumah penempatan atas air musnah terbakar.

Menurut laporan, hampir 90 peratus rumah di penempatan itu terbakar dan ia merupakan kebakaran kali ketiga direkodkan di kampung tersebut.

Sumber: Facebook

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.