in

“Kami halalkan cukai kami bayar” – Reaksi Gembira Bapa Dapat Beli ‘Corndog’ Kerana MySara Bikin Netizen Sebak

ft mysara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tanggapan dan keluhan segelintir yang terpaksa membayar cukai buat sesetengah rakyat Malaysia mungkin berubah apabila melihat video yang menyentuh hati ini.

Satu video tular di TikTok yang telah meraih lebih daripada 800K jumlah tontonan ini menarik hati netizen kerana sebak melihat kegembiraan warga emas menikmati makanan yang dibelinya kerana menerima wang bantuan MySara.


Artikel berkaitan : “Dia Memang Suka Bergurau” – Adira Nafi Rujuk Dengan Datuk Red, Tegaskan Tiada Berita Gembira

Artikel berkaitan : “Sorry tak dapat datang, nanti kita catch up” – Jovian Tumpang Gembira Bekas Isteri Berkahwin

Video tersebut memperlihatkan bapa kepada @kaksha_91 ini gembira dapat membeli corndog dengan air minuman. Menurut pemilik video, dikatakan bapanya tidak pernah merasa dan teringin makanan tersebut.

“Tak pernah dapat, seumur hidup mana nak dapat,” kata bapanya sambil tersenyum lebar.

Sementara itu, pemilik video yang dipercayai ibu kepada @kaksha_91 ini menjelaskan bahawa makanan yang dibelinya itu dapat diperoleh selepas pasangan itu menggunakan wang MySara untuk membeli barang keperluan lain.

“Datang beli minyak, 5 kilo beras wangi, air kordial satu, habis balik.”

Dalam pada itu, pemilik video yang juga anak kepada pasangan ini, Kak Sha menjelaskan kepada Lobak Merah bahawa wang perbelanjaan yang sepatutnya digunakan untuk perbelanjaan asas telah dapat dijimatkan kerana menggunakan bantuan MySara, jadi dengan lebihan wang yang ada bapanya dapatlah membeli corndog tersebut.

“Duit MySara tu mak abah saya beli keperluan asas je. Cuma bila ada lebihan duit beli barang asas barulah boleh beli corndog dan air.”

Screenshot 2025 04 10 120535

Melihat senyuman lebar yang terukir dari lelaki warga emas itu, ia membuatkan ramai netizen terharu dan terasa ‘ringan beban’ setelah membayar cukai apabila melihat kegembiraan ayah Kak Sha ini.

mysara mysara 2 mysara 3 mysara 4 Screenshot 2025 04 10 122008

Rasa sebak dan tumpang gembira tengok diaorang ni.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.