in

“Kami dapat bantuan setiap bulan” – Suami Nenek Tular Perjelas Isteri Pergi Menjaja Kerana Bosan, Tak Hidup Susah

Che Munah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral di media sosial kisah seorang nenek dilihat menjaja asam keping di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu.


Kisah nenek tersebut telah mendapat perhatian di media sosial selepas ramai yang simpati dek melihat keadaan nenek berkenaan yang terpaksa datang dari jauh hanya untuk berniaga.

@hanifasyraf1

Ok part 2 ? nnti saya cari balik makcik ni #sedekah #indonesia #thailand

♬ bunyi asal – Hanif Asyraf – Hanif Asyraf

Pelbagai cerita kemudian timbul di media sosial mengatakan nenek tersebut sudah menerima bantuan sehingga ratusan ribu ringgit dan dia sebenar tidaklah sesusah yang disangkakan.

Menurut Harian Metro, suami kepada nenek berkenaan, Che Munah Che Man, 82, berkata isterinya mempunyai sikap suka menjaja asam keping di pasar tani dan pasar minggu selain pasar besar Kota Bharu sejak berusia 16 tahun lagi.

Dia pergi menjaja sebab bosan, kami pun dapat bantuan setiap bulan,” kata Abdullah Jusoh, 66.

Kata Abdullah lagi, mereka ada menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang cukup untuk keperluan harian.

“Saya larang pun, dia tetap pergi juga. Dia akan minta bantuan penduduk untuk menghantarnya ke pekan Selinsing, dan kemudian menaiki teksi untuk ke Kota Bharu.

“Dia keluar menjaja setiap hari kecuali Rabu dan akan pulang ke rumah pada 12 tengah hari,” kata ketika ditemui wartawan di rumah mereka dekat Kampung Banggol Pak Esah.

Mek 2

 

Tak tahu kisah Che Munah viral 

Pasangan suami isteri itu juga tidak mempunyai telefon bimbit, jadi mereka tak tahu yang kisah Che Munah viral dan hanya mengetahui mengenainya bila dikunjungi beberapa pihak sejak pagi semalam.

“Sebelum ini kisah isteri pernah tular, malah kami dapat banyak bantuan termasuk menerusi akaun bank isteri.

“Sejak Oktober lalu, kami buat keputusan tak guna kad bank sebaliknya isteri buat buku simpanan dan ambil duit dengan menggunakan cap jari.

“Saya juga nak terangkan kepada pihak yang prihatin dengan kami, kalau simpati, cukuplah datang jumpa kami sendiri untuk tanya khabar,” katanya.

Tambahnya lagi, isterinya menjaja kerana hobi tapi mungkin disebabkan keadaan mata isterinya yang separuh buta dan pakaian yang tak terurus menyebabkan ramai pihak salah anggap dan simpati.

Oh macam tu ceritanya, ramai juga yang salah faham ye dengan kisah nenek ni.

Baca: [VIDEO] Sebak! Nenek Usia 87 Tahun Gigih Berniaga, Mengadu Beberapa Hari Tak Makan Nasi

Mek

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.