Seorang peguam dan pempengaruh, Tun Laila dilihat menjadi tumpuan hangat di media sosial apabila namanya ‘dipetik’ oleh aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap, Caprice dalam satu perkongsiannya baru-baru ini.
Ianya bermula apabila Caprice mendedahkan satu perkongsian status lama daripada Tun Laila yang meluahkan rasa marah terhadap seorang wanita, perkongsian itu dikatakan mempunyai unsur-unsur ugutan dan berharap agar wanita tersebut tersebut bun*h diri.
Artikel berkaitan : “Kenapa kena single bro?” – Caprice Persoal Kenapa TikToker Cari Budak Sekolah Perempuan Untuk Jadi Talent
Artikel berkaitan : “Tengok explanation Tun Laila” – Lepas ‘What Country Is This’, Ada ‘Trend’ Komen Baru Di TikTok?
“Hi peguam, ini dikira buli siber ke bila ada orang ugut secara umum dan harap bun*h diri?” – Caprice
Di samping itu, Caprice turut kepilkan video perkongsian daripada Tun Laila berkenaan undang-undang terhadap mereka yang melakukan buli siber.
Boleh lihat perkongsian tersebut di sini.
View this post on Instagram
“Kami dah selesai dengan damai sebulan yang lalu di luar Mahkamah dan di luar social media sebab tak macam awak…” – Tun Laila
Terpanggil dengan perkongsian Caprice, pada mulanya Tun laila enggan ambil pusing tentang kelantangan yang dibuat oleh penyanyi rappers itu.
Walau bagaimanapun, Tun Laila akhirnya memberikan respon menerusi perkongsian di IG miliknya. Tegas Tun Laila, perkongsian status itu adalah satu perkongsian palsu yang dibuat pada tahun 2023 dan beliau sudah pun berdamai dengan wanita tersebut dan selesaikan isu ini di luar mahkamah.
“Pandai betul awak pos “my” screenshot dengan tak ada tarikhnya, with my recent Twitter profile picture. this only led people to think that this happened recently, when it actually did not. Tak ke ini fitnah lagi? You ni Melayu ke? Is this what you feed your Malay followers with?”
Dalam pada itu, Tun Laila juga menegaskan bahwa tindakan Caprice ini hanya menambahkan lagi rasa resah terhadap individu itu.
Pesan Tun Laila lagi, Caprice tidak perlu heret orang lain jika ada dia ada masalah dengan dirinya, dan dia hanya perlu berurusan dengan dirinya sahaja. Malah, Tun Laila turut menggesa agar perkongsian itu dipadamkan untuk menjaga imej wanita yang mereka maksudkan itu.
Selain kenyataan daripadanya, Tun Laila juga ada kepilkan gambar kenyataan daripada wanita tersebut menyatakan bahawa dia sudah bersemuka dengan Tun Laila dan selesaikan isu ini.
View this post on Instagram
Kenapa delete my reply? – Caprice
Tidak terhenti di situ, Caprice menerusi ruangan komen ada tampil memberi respon namun dakwanya komen itu telah dipadamkan. Bagaimanapun, Caprice ada kongsikan komen asal yang didakwa telah dipadamkan itu menerusi IG Story miliknya.
Jika dilihat IG Story Caprice, isu ini seolah-olah belum berakhir dan sedang hangat diperkatakan. Namun begitu, Tun Laila sudah memberikan keterangannya dan harap isu ini dapat selesaikan dengan segera.