Pelawak dan pengacara, Shuk Sahar akhirnya mengesahkan bahawa dia telah bercerai dengan isterinya, Rossa Sera, selepas lebih setahun status perkahwinan mereka menjadi tanda tanya warganet.
Menurut Shuk, dia telah sah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu susulan keputusan itu dibuat atas persetujuan kedua-dua pihak selepas mereka pulang dari menunaikan ibadah umrah awal tahun ini.
“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.”
“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya.
Shuk turut memberitahu, walaupun dia kini tiada lagi ikatan bersama Sera namun, mereka masih lagi dalam keadaan baik demi dua orang cahaya mata mereka.
Dalam pada itu, Shuk menjadikan penceraian ini sebagai suatu pengajaran kepadanya agar dia menjadi seorang lelaki yang lebih baik pada masa hadapan.
“Sekarang saya hanya fokus kepada anak-anak. Mereka tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak yang sulung sudah mula sekolah darjah satu.”
“Apa yang berlaku ini menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri,” ujarnya.
Bercakap mengenai keadaan dirinya, Shuk menjelaskan bahawa dia tabah dan tenang menghadapi ujian ini dan mahu memberikan tumpuan kepada perniagaan produk kecantikan di aplikasi media sosial TikTok.
Sebagai info tambahan, Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4.
Kita doakan yang terbaik la buat kedua-dua pihak..
Sumber : mStar
Baca : “Kan elok macam ni” – Shuk Tunai Umrah Dengan Isteri, Netizen Doa Semoga Berkekalan