in

“Mereka jadi mangsa” – Datuk Red Nasihat Ude Untuk Fikir Anak-anak

Page O

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua orang sudah sedia maklum dengan perkahwinan Izreen Azminda yang penuh kontroversi kerana pelakon beranak satu itu telah berkahwin dengan suami orang.


Minggu lepas, Ude, suami Izreen dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai ke atas isteri pertamanya, Intan Liana Saleh. Menurut mStar, kedua-dua pasangan itu sudah menghadirkan diri ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi urusan lafaz cerai namun mahkamah telah membenarkan penangguhan bagi tujuan menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian.

Ia3
sumber: blog

Dengan kisah perpisahan tersebut, ramai yang menyatakan pendapat masing-masing mengenai hal ini serta tampil memberikan nasihat buat pasangan itu. Menurut Utusan, ahli perniagaan beristeri dua, Datuk Red turut tampil memberikan nasihat buat pemuzik itu.

Ia2
sumber: blog

Datuk Red yang pernah mengalami situasi yang sama memberitahu bahawa penceraian bukanlah sesuatu yang mudah kerana memberi kesan kepada tumbesaran anak-anak.

“Nasihat saya sebelum buat keputusan fikir anak- anak. Anak-anak dalam keadaan ini adalah mangsa sebab mereka tidak mungkin akan dapat sepenuh kasih sayang dari kedua ibu dan bapa.”

Suami kepada penyanyi, Adira ini turut menerangkan bahawa seperti dalam kes penceraiannya, dia terpaksa berpisah dengan anak-anak dan itu sememangnya memberikan kesan negatif kepada anak-anak.

“Berkahwin tidak ada masalah tetapi bercerai adalah sesuatu yang saya tidak setuju.”

Selain itu,Datuk Red juga faham mengapa mahkamah juga setuju untuk memberikan penangguhan supaya Ude dapat membuat keputusan memandangkan perkara yang terjadi masih baru.

Iz
sumber: berita harian

Bukan itu sahaja, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Sri Adnan Abu, 40, turut mengingatkan Ude supaya fikirkan juga isteri keduanya, Izreen Azminda yang merupakan seorang artis dan dikenali ramai.

Jadi bukan salah orang luar untuk terus berkongsi pendapat mengenai hal ini.”

Berdasarkan pengalaman yang dialami usahawan itu, tidak menghairankan dia juga ingin berkongsi pengalamannya kepada Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul wahid, 30, supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama.

Anak-anak dahlah kecil lagi…

Baca: Tak Tahan Dikecam, Izreen dan Ude Tutup Akaun Instagram

Ia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.