Pelakon Uqasha Senrose tampil bersuara selepas bapanya, Nik Sen Mat Rifin, secara terbuka mendakwa menantunya, pelakon Kamal Adli, melakukan penderaan fizikal dan mental terhadap dirinya.
Menerusi satu hantaran di Threads, Uqasha meluahkan rasa kecewa dan mempertikaikan reaksi pihak tertentu yang mempersoalkan tindakannya serta kenyataan bapanya itu.
Artikel berkaitan: “Masa saya mengandung pun dia boleh p*kul saya lagi” – Uqasha Senrose
Artikel berkaitan: “Bangkit?” – Adegan Mesra Uqasha Senrose & Shahz Jaszle Timbulkan Perdebatan Netizen

“Tak tahu pulak bila bapak tahu anak dipukul semasa mengandung, melahirkan dan pantang baru dua minggu duduk dera… kena diam diri?” tulisnya.
Uqasha turut menyatakan dirinya bukan berdiam diri kerana tidak mempunyai bukti, sebaliknya demi menjaga hubungan kekeluargaan.
Kenyataan itu dibuat susulan temu bual bapanya bersama program Melodi, yang menggesa Kamal agar segera melepaskan Uqasha dengan mempercepatkan proses penceraian.
“Kamal kalau kau jantan, lepaskan lah kalau dia dah taknak dekat kau nak buat apa lagi? Kau ni dayus,” katanya.
Nik Sen turut menegaskan beliau tidak sanggup melihat anak perempuannya terus melalui situasi sama walaupun cubaan untuk berbaik pernah dilakukan.
“Kalaulah kata berbaik sekalipun tapi benda sama tetap berlaku, buat apa? Dan saya juga tak rela anak saya dipukul hari-hari,” luahnya.
Untuk rekod, Uqasha telah memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.
