in

“Kalini lain daripada lain!”- Kostum Ratu Cantik Malaysia Bawa ‘7 Puteri’ Ulek Mayang Dipuji Ramai

Fi Miss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Miss Grand Malaysia 2021, Lishalliny Kanaran, 24, semalam telah membuat rakyat Malaysia terpegun dengan kostumnya di pentas Miss Grand International 2021 yang kini sedang berlangsung di Bangkok, Thailand.


Melalui postingnya di laman Instagram, beliau telah membawa ‘7 Puteri’ Ulek Mayang menemaninya di atas pentas penuh prestij itu. Lishalliny berdepan dengan saingan daripada 60 peserta lain dari seluruh dunia bagi menyamai prestasi Jasebel Robert pada edisi lepas serta dapat memperbaiki kedudukan Malaysia ke senarai 5 terbaik.

Semalam, telah berlangsungnya segmen kostum nasional terbaik yang disiarkan secara langsung di Saluran Youtube Grand TV sebagai upacara yang sering ditunggu-tunggu oleh para penyokong negara masing-masing. Manakala, upacara final kan berlangsung pada 4 Disember ini.

Kostum ‘7 Puteri’ Ulek Mayang yang dipamerkan oleh Miss Grand Malaysia kita ini dianggarkan seberat 50 kilogram ya! Lebih menarik, walaupun ia menampilkan sejarah dan kisah daripada negeri Terengganu, tetapi pereka khas kostum ini, Aldrin Artistry merupakan anak jati Sarawak!

Persembahan daripada Lishalliny di pentas segmen kostum nasional itu semalam telah menjadi perhatian rakyat Malaysia serta mendapat banyak komen yang positif!

Beliau juga dipuji kerana terlihat sangat ‘in character’ semasa memperagakan kostum tersebut walaupun hanya mengambil masa kira-kira 42 saat sahaja. Dikatakan ia membawa watak sebagai ‘pawang’ yang berlawan dengan ‘7 Puteri’ Ulek Mayang tersebut.

Ramai yang terpukau dengan lagenda negeri Terengganu ini kerana boleh kita katakan ia telah disampaikan dengan sangat baik oleh beliau ketika di pentas semalam bersama iringan lagu Ulek Mayang itu sendiri!

Komen Miss 4

Komen Miss

Rekaan kostum Ulek Mayang ini tak dapat disangkal lagi sememangnya antara kostum nasional terbaik yang pernah diperagakan ke pentas pertandingan ratu cantik. Tahniah diucapkan kepada pereka kostum serta sama-sama lah kita sokong Miss Grand Malaysia kita sehingga ke final nanti! 

Baca: Tak senang tau nak jalan dengan dress 27kg tu-Wakil Malaysia Menang Kostum Nasional Terbaik Dalam Miss Universe 2019

Baca Miss

Sumber: Instagram
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.