in

“Kalau tak oyen, king buat hal” – Netizen Pelik Macam Mana Myvi Boleh Tersangkut Ditebing Jalan

King Myvi Tersangkut E1632213900714

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dekat Malaysia ni, ada dua benda je yang jarang tak buat netizen terhibur, kalau tak gelagat oyen, mesti kenderaan jenis Perodua Myvi yang mendapat jolokan ‘king’ oleh netizen ini.

Kalau sebelum ini, ada satu kisah viral di Johor yang mana sebuah Myvi dipercayai hilang kawalan dan ‘terbang’ melepasi sebuah parit yang besar, kali ini, berlaku lagi kes ‘terbang’ melibatkan kenderaan jenis sama dan secara kebetulan, warna yang sama.


Menerusi satu perkongsian di TikTok semalam, kelihatan sebuah Myvi putih dipercayai telah hilang kawalan dan tersangkut di sebuah tebing tinggi di sebuah jalan raya dipercayai di sekitar Lembah Klang.

Myvi 1

Video berdurasi sekitar 30 saat tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana ‘kebolehan’ kenderaan tersebut memanjat tebing yang agak tinggi tersebut. Selain saksi di tempat kejadian, pastinya kes kali ini mendapat perhatian netizen kerana sudah lama tidak ada berita tentang ‘king’ ini dimana-mana.

Menurut pemilik TikTok yang memuat naik video tersebut, dia sempat menyaksikan bagaimana kejadian tersebut berlaku. Tambahnya menerusi kapsyen lagi, Myvi tersebut terbabas di kiri jalan sebelum tersangkut di atas tebing bukit berhampiran.

Dia bersama-sama orang awam lain kemudiannya sempat memegang pintu tersebut untuk memastikan kereta tidak terjatuh semasa mangsa keluar dari kenderaan tersebut.

Myvi Tersangkut Tiktok

Memasuki ruangan komen, pastinya komen orang ramai bakal membuatkan korang tak kering gusi. Sebelum itu, kalau korang risaukan tentang pemandu kenderaan, difahamkan pemandu selamat dan tiada sebarang kecederaan.

“Nak join trend hiking ke tu?”

@tankeryrvoverboostBaru jadi 25minit td….depan mata tgk die naik atas tu?,sempat pegang kete die,suruh keluar dlu…takut jatuh je…mangsa selamat xde pape….

♬ original sound – tankeryrvoverboost

Memasuki ruangan komen, pastinya ramai yang bertanyakan bagaimana kenderaan tersebut boleh tersangkut di situ sedangkan kalau perhatikan sekeliling, terdapat pembahagi jalan yang agak tinggi dan mustahil jika pemandu tersebut tidak melihatnya.

Namun, salah satu komen yang menggelikan hati pastinya komen ini yang kononnya Myvi tersebut turut ingin serta aktiviti ‘hiking’ yang menjadi ikutan sejak rentas daerah dibenarkan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Tiktok Komen Myvi Terbang

Selain itu, ada juga yang meninggalkan komen ‘nakal’, kononnya inilah kenderaan terbang yang diperkatakan dalam ‘Wawasan 2020’.

Apa-apa pun, tak kira korang pandu ‘king’ atau sebaliknya, berhati-hatilah di jalan raya okay? 

Baca : Tular Vie Shantie Bercuti di Janda Baik, Polis Nafi Tak Perlu Surat Untuk Rentas Negeri

Vie Shanti Pergi Janda Baik

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.