Melentur buluh biarlah dari rebungnya, peribahasa ini sering digunakan dalam mendidik anak untuk menjadi seorang manusia yang sempurna. Namun mungkin dalam perjalanan mendidik anak kecil ada sesetengah ibubapa menengking dan mengherdik mereka.
Sebenarnya cara menengking anak atas kesilapan yang dilakukan itu dikatakan salah.
Menerusi perkongsian Taufiq Razif, katanya menengking anak dapat menjejaskan otak kanak-kanak tersebut.
https://www.facebook.com/taufiq.razif/posts/3219989538020972
Menurut Taufiq, jika kanak-kanak di tengking, otak mereka akan mengaktifkan satu bahagian bahagian kecil di pertengahan otak kita iaitu Amygdala.
Amygdala tu apa?
Amygdala merupakan tempat segala penyimpanan memori yang kita lalui. Apa yang lebih menarik ianya akan mengingatkan kita tentang perkara yang pernah memberi impak besar pada hidup.
Sebab tu kalau orang trauma, doktor akan check bahagian otak ni sebenarnya..
Selepas bahagian Amygdala ni aktif, dia akan kejutkan kelenjar Pituitari. Bila kelenjar ni aktif dia akan bangkitkan 3 hormon stress yang dapat membuat kanak-kanak susah nak dengar cakap.
Sebenarnya, rata-rata kita dah lalui benda ni. Nak tahu macam mana?
Bila kita dimarahi seseorang secara automatik kita akan marah jugakan? Waktu tengah marah tu kelenjar ni lah main peranan dia. Selepas tu, mulalah kita menarik muka atau melawan balik, itu adalah tindak balas daripada 3 hormon ni lah..
Difahamkan salah satu daripada 3 hormon ini iaitu Hormon Cortisol mampu mengakibatkan kanak-kanak kehilangan neuron di kawasan penting sehingga menyekat perkembangan sempurna di otak mereka.
Disebabkan itu, bila kita lihat kanak-kanak yang sering di tengking ni mereka sukar untuk mendengar kata. Jika kita lebih meninggikan suara, mereka akan bertindak lebih agresif sama ada mereka melawan balik atau menangis.
Efek hormon stress pada badan kanak-kanak
Walaupun mereka ini masih kecil, dengan cara menengking ini mampu mengubah hidup dan pemikiran mereka terhadap kita dari.
Susulan itu, ianya dapat memberi kesan kepada kanak-kanak malah orang yang tengking juga akan menerima kesan.
Antara efek yang akan terjadi ialah:
- Senang terkena penyakit jantung
- Lebih mudah menghadapi depression dan anxiety
- Mengganggu sistem pencernaan
- Sukar untuk tidur
- Badan semakin bam-bam
- Lebih cepat lupa
- Mudah sakit kepala dan migrain
Taufik juga kongsikan cara atasi masalah sifat tengking pada anak, semuanya terletak pada ibubapa yang harus berfikiran rasional.
Sekarang kena cuba untuk mengawal kemarahan ye, walaupun mereka kanak-kanak pemikiran mereka masih mentah untuk dihancurkan.