in

“Kalau saya tak sayang, saya akan abaikan pelajar tu tapi….”

Hebat Guru Ini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tularnya kisah Cikgu Azizan baru-baru ini telah membuka mata beberapa pihak akan beratnya tugas seorang guru dalam mendidik pelajar untuk menjadi seorang yang berguna.


Meskipun tindakan guru yang memukul pelajar sebagai cara untuk memberi pengajaran itu sukar diterima sesetengah ibu bapa, tidak semua guru menggunakan teknik tersebut dalam mendidik. Menurut mStar, seorang guru Sejarah ini telah menggunakan pendekatan tegas dalam mengajar pelajarnya namun ia adalah salah satu dalam menunjukkan kasih sayangnya.

Guru 3
sumber: mstar

Bagi Tengku Suzila yang kini sedang mengajar di SMK Puncak Perdana, bukan mudah untuk dia mengambil perhatian pelajar supaya fokus dalam mata pelajaran seperti Sejarah yang memerlukan banyak pembacaan dan menggunakan fakta untuk menjawab soalan.

Ada sesetengah daripada pelajarnya yang tidur, tidak siapkan kerja sekolah dan tidak fokus terutamanya bagi mereka yang duduk di kelas corot. Dengan itu, dia telah mengambil pendekatan berbeza supaya pelajar di kelas belakang ini lebih fokus kerana mereka amat berbeza dengan pelajar kelas depan yang rajin dan lebih mudah untuk dibentuk.

Ada masanya saya cubit mereka sambil kata, saya cubit awak ni sebab sayang dan awak tak amanah sebab tak siapkan kerja yang saya bagi.

“Saya siap cakap, saya nak cubit buang jin dalam badan awak ni supaya awak rajin belajar dan berjaya dalam hidup. Alhamdulillah mereka yang terkena cubitan saya menjadi ‘orang’,” jelasnya. Syukurlah cikgu! 

Guru 2
sumber: mstar

Walau bagaimanapun tidak ramai yang sedar bahawa teguran dan cubitan tersebut adalah tanda betapa guru memang risau dan prihatin akan keadaan anak-anak muridnya.

“Kalau saya tak sayang, saya akan abaikan pelajar tu tapi disebabkan sayangkan mereka macam anak sendiri dan mahu semua pelajar dapat belajar dengan baik, saya ambil cara macam tu dan alhamdulillah mereka faham.

“Lagi seronok bila pelajar yang kena cubit kongsi cerita yang dia ingat semua jawapan untuk soalan subjek Sejarah disebabkan cubitan saya itu,” kata Tengku Suzila lagi.

Guru1
sumber: mstar

Mengimbau kembali kenangan dahulu, Tengku Suzila berkata, pada awalnya dia langsung tidak terlintas untuk menjadi seorang guru kerana lebih meminati kerjaya badan beruniform sejak di bangku sekolah lagi.

Namun, impian wanita dari Kelantan ini berkecai setelah dia mengalami masalah rabun semasa di sekolah menengah dan tidak dapat masuk kerja dalam unit beruniform tersebut.

“Mak galakkan saya untuk jadi cikgu dan alhamdulillah lepas temat STPM, saya dapat sambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya (UM) selama empat tahun. 

“Kemudian saya sambung ambil diploma pendidikan di universiti sama selama setahun sebelum dapat tawaran mengajar di sekolah pertama iaitu SMK Seri Istana Kelang,” ujarnya.

Dia yang kini sudah bertahun-tahun dalam profesion ini mengakui momen paling indah bagi seorang guru ialah apabila melihat anak didiknya berjaya dalam subjek sejarah dan kerjaya masing-masing selepas tamat sekolah.

“Mereka yang dapat A pastinya akan tunggu saya untuk raikan bersama. Saya selalu berpesan bahawa Sejarah ni amat penting,” tambahnya lagi.

Ingat tu! Guru pukul, marah atau tegur sebab dia sayang dan bukannya dia saja-saja nak mendenda dengan cara macam tu. Janganlah pandang serong dengan profesion guru ni. Cikgu sayang dengan pelajarnya tau! 

Baca: “Kenapa mak bapak sekarang bodoh?” – Netizen Kecewa Sikap Ibu Bapa Lindung Anak Nakal Kes Cikgu Azizan

Azizan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.