in

“Kalau saya tahu…” – Hampir Setahun Pemergian Suami, BCL Akhirnya Dedah ‘Moment’ Terakhir Bersama Ashraf

Ft Bcllovestory

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam tempoh 3 hari lagi, genaplah setahun pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia dan mengejutkan ramai orang di Indonesia dan Malaysia pada usia 40 tahun.


Berita tentang Ashraf meninggal dunia sehingga hari ini masih diingati ramai peminatnya dan pelbagai berita susulan muncul selepas suami bintang terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari itu meninggal dunia pada 18 Februari 2020.

Pasangan itu dikenali sebagai ‘power couple’ di  Indonesia dan ramai bersimpati dengan BCL selepas kehilangan teman hidupnya selama 12 tahun.

Unge5

Terbaru, BCL menceritakan semula moment terakhirnya bersama Ashraf sebelum didapati meninggal dunia di rumah mereka. Dalam satu temubual di Youtube channel BCL, penyanyi itu menceritakan suka duka dan tentang hidupnya sebelum, semasa dan selepas ketiadaan suami tercinta.

Temubual itu dilakukan sempena dengan pelancaran lagu Love Story, lagu asal Ronald Steven tahun 70-an yang dinyanyikan semula oleh BCL.

Kata BCL, ketika itu jam 3 pagi dan dia baru pulang dari menjadi juri Indonesian Idol namun masih sibuk menguruskan hal kerja. Dia sempat meminta pendapat Ashraf tentang foto mana yang cantik untuk digunakan. Itulah antara penyesalan terbesar yang BCL rasakan kerana masih sibuk dengan kerja.

Gue masih ngurusin kerja gue. After the show, I still have a lot of things to do eventho udah jam 3 pagi gitu lo. Priority is work, at that time. One of my biggest regret.”

I wish I have more time. If I know, (but) nobody knows). If I know waktunya cuma segini, pasti beda.”

Unge3

Unge4

Bukan itu saja, BCL juga turut menceritakan tentang situasi bagaimana Ashraf ketika itu dibawa ke hospital olehnya dan anak mereka, Noah. Baginya, jika itu yang terbaik dan sudah tiba masa Ashraf pergi, tidak mengapa. Dia redha dan akan menjaga anak mereka dengan baik.

Ketika itu, menurut BCL dia sudah tahu suaminya sudah tiada namun perlu kuat demi Noah dan saat dia perlu memberitahu anaknya bahawa Ashraf sudah tiada, dia tidak mampu untuk menangis.

Gue udah tau (Ashraf sudah tiada). The moment gue menemukan Ashraf di tempatnya itu, gue udah tahu. Di kepala gue cuma ‘if you have to leave, you leave. I’m fine’. He deserves the best. If it’s best for him to go, then just leave.”

Noah. Daddy udah nggak ada ya. I’m so sorry, there’s nothing we can do. They’ve (doktor) tried.”

Unge9

Unge7

Tonton Love Story di Youtube channel BCL yang mempunyai 4 bahagian untuk mendengar tentang kehidupannya bersama dan selepas ketiadaan Ashraf.

Baca: “Setiap hari menangis dan skrg masih menangis lagi” – Baru 10 Bulan Ashraf Pergi, BCL Dah Ditanya Pasal Kahwin Lain

Ft Bcl 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.