in

“Kalau saya pergi dulu…” – Ridzokumura Buat Keputusan Ingin Hantar Sky Ke Jepun Jika Dia Dah ‘Tiada’

ridzokumura hantar sky jepun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Usahawan Ridzuan Okumura nampaknya masih lagi bersedih di atas pemergian isterinya, Allahyarham Aishah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Akiko Okumura.

Baru-baru ini, Ridzuan ada memuat naik video momen bahagianya bersama Akiko ketika live di TikTok. Bersama video itu, Ridzuan juga menulis luahan hatinya yang terlalu merindui isteri.


Menerusi luahan itu juga, Ridzuan menyatakan keputusannya untuk menghantar anak mereka, Sky ke Jepun jikalau dia sudah tiada nanti.

@ridz_okumura

Maaf saya tak tau nk tutup rmabut arwah tapi ini semua memori saya,saya terlalu rindu kan arwah Alfatihah buat insan yg terlalu sya cintai, Allah bagi saya pinjam 16tahun ,tapi saya tahu arwah tahu saya terlalu sayang kan dia dan sky,dan saya tahu arwah 💯 peratus sayang kan saya dan sky😭😭 saya tak kuat,kalau saya tak da sapa lah nk jaga sky😭😭saya pun tak tau ajal saya bila,kalau sya pergi dulu,sya dh buat keputusan sky akan balik ke japan besama opah nya dan pakcik nya di japan 🇯🇵 😭😭😭

♬ original sound – haikalanuar – Haikal anuar

Maaf saya tak tau nak tutup rambut arwah tapi ini semua memori saya. Saya terlalu rindukan arwah. Al Fatihah buat insan yang terlalu saya cintai, Allah bagi saya pinjam 16 tahun. 

“Tapi saya tahu, arwah tahu saya terlalu sayangkan dia dan Sky, dan saya tahu arwah 100% sayangkan saya dan Sky. 

“Saya tak kuat. Kalau saya tak ada siapalah nak jaga Sky. Saya pun tak tahu ajal saya bila. Kalau saya pergi dulu, saya dah buat keputusan, Sky akan balik ke Jepun bersama opahnya dan pakciknya di Jepun,” tulis Ridzuan.

Artikel berkaitan: Serah Sendiri Kepada Polis, Ridzokumura Nafi Ubat Arwah Isteri Dirampas

Artikel berkaitan: “Jangan buat andaian bukan-bukan” – Ridzokumura Dedah Hari Kejadian Arwah Isteri Meninggal Dunia

“Allah bagi ujian ni sebab sayang abang dan Sky” – Netizen 

Rata-rata netizen yang melihat video itu berasa tersentuh dengan perkongsian Ridzuan dan berdoa semoga dia terus kuat semangat dengan ujian yang menimpa.

semangat

Semoga Ridzuan terus kuat dengan dugaan yang menimpa. Al Fatihah buat Akiko… 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.