“Kalau report kang kacau periuk nasi orang” – Netizen Tak Puas Hati Parking CIMB Senawang Kena ‘Conquer’ Dengan Peniaga?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Menjadi perkara kebiasaan untuk kita melihat peniaga-peniaga buka kedai dan berniaga di tepi jalan. Tambah-tambah pula kalau kawasan tu dekat dengan tempat yang jadi tumpuan ramai macam bank contohnya.

Tapi kalau dah terlalu banyak kedai dibuka peniaga sehinggalah mengganggu pelanggan bank untuk memarkir kenderaan, perkara ni macam dah mendatangkan masalah pulak kan?

 

“Aku geram betul kalau nak pergi CIMB Senawang ni! Parking ada tapi…” 

Menerusi perkongsian seorang netizen di Twitter, wanita ni merungut mengalami kesukaran untuk mencari parking kenderaan ketika nak ke CIMB area Senawang baru-baru ni. Semuanya gara-gara terlalu banyak peniaga memacak kedai di parkir bank tersebut. 

Sumber: Twitter

 

Sudah buat aduan tapi tiada tindakan? 

Tidak puas hati dengan situasi ni, netizen tersebut sudah pun membuat aduan kepada pihak berwajib namun masih tiada tindakan dikenakan kepada peniaga-peniaga ini.

Sumber: Twitter

Dia juga mendapati, ada juga yang tak bersetuju dengan aduannya sebab ada yang berpendapat peniaga juga ada hak untuk memacak kedai di tempat parking tersebut dan apa yang diluahkan netizen ni hanya menutup periuk nasi orang lain. 

Tapi katanya, kalau berniaga kat tempat parking ni, kedai hanya boleh dipacak lepas office hour hingga ke lewat malam je. Hmm macam mana tu? 

Sumber: Twitter

 

“Kau try ah parking situ before dia sampai. Petang tu check balik kereta kau” 

Tak cukup dengan isu di atas, ada netizen juga mengatakan yang kereta mereka pernah dirosakkan gara-gara parking di kawasan yang telah ‘dicop’ peniaga.

Sumber: Twitter

Namun sejujurnya, netizen lain tak menyalahkan tindakan peniaga nak memacak kedai di parkir tu. Tapi ikut peraturan lah dan jangan sampai menyusahkan pengguna lain.

Sumber: Twitter

Apa pendapat korang mengenai isu ni? Patut ke buat aduan ataupun biarkan je sebab tutup rezeki orang? 

Baca: “Dah la parking dekat tempat OKU” – Lelaki Ini Pukul ‘Guard’Guna Kayu Golf Sebab Kereta Kena ‘Clamp’

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!