Saat negara sedang berhadapan dengan pandemik COVID 19, ramai di antara kita sedang menghadapi masalah kewangan dan ada juga yang dibuang kerja kerana syarikat tidak mampu beroperasi lagi.
Salah satu solusi dalam menjana kewangan ialah dengan menjadi ‘rider’ bagi syarikat pemesanan makanan seperti Grabfood, Foodpanda, Bungkus-It dan macam-macam lagi.
Namun tidak kita sangka, rupanya pekerjaan sebagai rider ini lumayan juga hasilnya seperti yang viral di media sosial hari ini. Menerusi perkongsian di Facebook, tular gambar menunjukkan pendapatan seorang rider mencecah RM18,000 hasil pekerjaannya selama dua bulan.
https://www.facebook.com/apakesdotcom/posts/1771664839691849
Hasil congakan netizen, rider itu kemungkinan besar telah bekerja 12 jam sehari dan mendapat pendapatan lebih kurang RM300 sehari. Wow!
“Mantap brader, rajin hasil dia banyak la, malas hasil dia sikit”
Perkongsian tersebut mendapat komen positif netizen yang tidak menyangka gaji seorang pekerja rider boleh mencecah belasan ribu ringgit jika seseorang itu kuat berusaha.
“LHDN tanya apa khabar”
Walau bagaimanapun, perkongsian tersebut mendapat teguran dan nasihat daripada netizen yang berpendapat perkara sebegini tidak sepatutnya viral di media sosial. Nanti katanya LHDN ‘kirim salam’. Alamak ai…
Apa-apapun admin ucapkan tahniah kepada rider tersebut. Siapa yang berusaha, dialah yang berjaya.