in

“Kalau pandai pilih durian, kau boleh kahwin dengan anak aku & dapat semua harta aku” – Jutawan Durian

C1 1638966 620X413 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ha, siapa yang masih single, tengah cari jodoh, suka dan pandai pilih durian? Korang mungkin orang yang dicari-cari oleh jutawan ini!

Menurut Bangkok Post jutawan durian, Anont Rotthong mencari orang yang boleh memenangi hati anak perempuannya berusia 26 tahun Kansita Rotthong. Orang ini akan mendapat wang tunai sebanyak RM1.2 juta (10 juta baht) dan aset-asetnya.


“Saya takkan minta satu sen pun duit hantaran dari dia. Malah, saya akan bagi dia wang tunai 10 juta baht, 10 kenderaan, satu rumah, dua perniagaan durian dan anak perempuan memiliki kelulusan dengan kepujian dari Assumption University dan ijazah sarjana dari Universiti Sun Yat-Sen di China,” – Anont Rotthong

Tapi, ada dua syarat…

C1 1638966 620X413
Sumber: bangkok post

Pertama, calon kena tahu cara beli dan pilih durian serta cara nak membuahkan durian dari dusun.

Kedua, calon mestilah seorang lelaki yang budiman dan bukan kaki judi. Tambahan, dia mesti mencintai Kansita dengan sepenuh hatiSenang je ni…

Anont mengendalikan dua pasaran durian di selatan Thailand daerah Chumphon. Dia sudah berada dalam perniagaan perdagangan durian dan pernigaan eskport selama 20 tahun dan dah bersedia untuk bersara.

Anak perempuannya Kansita, tak kisah dengan keputusan dan cara ayahnya mencari jodoh untuknya.

Macam mana? Korang ada tak kriteria yang Anont minta ni?

 

Baca: Kahwin sekali je jangan merepek” – Pengantin Nak Nampak Rare Guna Brokoli Sebagai Hand Flower, Tapi Tup-tup Kena Kecam Pulak

Screenshot 2019 03 06 At 10.32.09 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.