in

“Kalau nampak wakil rakyat mewah, kita lesing!” – Anwar

Image 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemenangan Pakatan Harapan (PH) dan pembebasan Anwar adalah dua titik penting dalam sejarah Malaysia baru. Kuasa rakyat dah buktikan perubahan boleh dilakukan dan pada masa yang sama wakil rakyat juga kena kotakan janji mereka dengan adil dan jujur.


Rakyat pantau wakil rakyat hidup mewah

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya sempena Himpunan Merdeka Rakyat semalam mengingatkan agar rakyat terus pantau wakil-wakil rakyat yang telah dipilih, lapor Malaysiakini.

Fw712098 Kl60 160518 Dsai Lpr
sumber: mmo

“Terus pantau pastikan wakil rakyat kita. Bukan untuk kita takbur. Jangan sombong. Kita perlu berjuang dengan ikhlas. Pegang amanah dan jangan cuai.

“Kalau nampak lebih gaya, menang nikah satu lagi, tukar kereta, beli apartment baru, dan kalau kita dapat tahu, kita lesing,” katanya.

Haa tudiaa wakil rakyat jangan nakal-nakal ye! Nanti ada yang kena lesing! 

Tegur wakil rakyat kalau ada buat salah

Dalam perhimpunan yang diadakan di Padang Timur tu, Anwar jugak ingatkan pemimpin yang dilantik jadi menteri kabinet perlu diberi ruang untuk jalankan tugas mereka. Malah kalau dorang ada buat kesalahan atau bermewah-mewah, rakyat boleh saja menegur.

“Tapi kalau ada kekurangan tegur mereka. Kalau mereka mewah lebih-lebih, kita terajang mereka. Tapi bukan Tun M, yang lain,” katanya berjenaka.

71526484570 Freesize
sumber: astro awani

Himpunan yang diadakan semalam (16 Mei) telah dihadiri ribuan penyokong yang bersorak-sorai untuk meraikan pembebasan tokoh reformasi tersebut.

Take note ye wakil rakyat semua! Rakyat akan pantau kalau ada yang suka-suki berbelanja barang mewah. Say no to Birkin bags! 

Baca: “Tengok cermin la dulu. Sibuk nak jadi menteri.” 

Page Sindir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.