in

“Kalau nak saya beri keterangan, saya datanglah” – Hamid Bador Rela Disiasat Lepas Dakwaan Campur Tangan Menteri

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang korang tahu, pada hari terakhirnya sebagai Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador mengatakan, Menteri Dalam Negeri didakwa membuat perancangan untuk menjadikan “budaknya” sebagai pengarah agensi perisikan polis Cawangan Khas (SB).


Dakwanya lagi, menteri tersebut cuba letakkan seorang bekas pegawai kanan SB yang telah tamat kontrak tahun lalu kerana dia mudah mengikut arahan ahli politik.

Dikatakan, langkah tersebut diatur selepas Cawangan Khas enggan sertai operasi yang diminta oleh Hamzah Zainudin bagi tujuan politik sendiri tanpa memberikan butiran lanjut atas sebab kerahsiaan.

20210430Az2 Abdul Hamid Bador

Ekoran pendedahan mengenai campur tangan menteri dalam Cawangan Khas Bukit Aman ini, Hamid Bador mengatakan dia bersedia memberi kerjasama dan keterangan kerana hasratnya adalah untuk menghalang jabatan tersebut dikuasai bagi tujuan politik, lapor Sinar Harian.

Saya tengok perkembangan. Kalau nak saya datang beri keterangan, saya datanglah, dan pada saya biarlah kepimpinan Bukit Aman siasat, nak tentukan kes jenayah ke terpulang kepada mereka.”

Hamid juga turut menegaskan yang beliau tak mempunyai masalah sekiranya pihak berkuasa ingin memanggilnya bagi membantu siasatan.

Apa pun saya nak halang perancangan menguasai Cawangan Khas untuk digunakan bagi kepentingan politik, (sebab) itulah saya dedahkan.”

Sebelum ini, dalam sidang media terakhirnya sebagai ketua polis negara juga, Hamid mencadangkan agar Suruhanjaya Pasukan Polis yang dipengerusikan oleh Hamzah Zainuddin untuk digantikan oleh bekas hakim atau mana-mana individu yang tak ada kaitan dengan politik.

 

Baca: Datuk Seri Acryl Sani Dilantik Ketua Polis Negara Baharu

Screenshot 2021 05 05 At 3.05.29 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.