in

Datuk Seri Acryl Sani Dilantik Ketua Polis Negara Baharu

Fi Kpn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang ke-13, berkuat kuasa 4 Mei bagi menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan tamat kontrak perkhidmatan pada 3 Mei ini.



Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, selepas menerima nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

Kpn 1

Di samping itu, perlantikan tersebut turut dipersetujui oleh Tan Sri Abdul Hamid Bador itu sendiri menurut Berita Harian.

“Saya hendak memaklumkan proses terbabit dilakukan SPP dengan dipersetujui semua ahli suruhanjaya yang dipengerusikan oleh saya.

“Semua bersetuju Acryl Sani diangkat sebagai Ketua Polis Negara yang baharu. Malah, Abdul Hamid turut bersetuju,” katanya pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri, hari ini.

Menurutnya lagi, pelantikan itu berkuat kuasa hingga 3 Oktober depan apabila beliau tamat tempoh perkhidmatannya dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

 

Berikut adalah serba sedikit latar belakang beliau :-

-Dilahirkan pada 3 Oktober 1961 di Petaling Jaya, Selangor.

-Mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) dari Universiti Utara Malaysia serta Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian).

-Menyertai PDRM pada 2 Februari 1986 sebagai Kadet Asisten Superintendan (ASP).

 

Antara jawatan pernah disandang :-

-Ketua Polis Terengganu dan Perak serta Pesuruhjaya Polis Sarawak.

-Ketua Penolong Pengarah dan Timbalan Pengarah di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), selain menyandang jawatan Timbalan Pengarah di Jabatan Pengurusan.

-Pengarah beberapa jabatan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, iaitu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi serta Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam.

-Dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara pada 14 Ogos 2020.

 

Baca : “Ada yang kata di Johor, Kelantan… tapi dia tiada di sana” – Polis Yakin Sajat Berada di Luar Negara

Foot Kpn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.