in

Kalau Masuk Hutan Jangan Usik Sarang Ular Ni!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebab itulah pesan orang tua-tua, kalau nak masuk hutan biar ilmu penuh di dada. Takut-takut korang jadi macam mereka ni yang tak pasal-pasal maut kena patuk ular berbisa!


Menurut Sinar Harian, dua lelaki kat Mukah, Sarawak maut gara-gara ganggu sarang ular tedung hitam atau orang Iban kenali sebagai Ular Belalang. Pada asalnya dorang dikatakan masuk dalam hutan untuk cari buah asam paya tapi disebabkan sikap berani tak kena tempat, dua sahabat tu maut dipatuk ular. Aduhai…

Sumber: Facebook

Ketika dijumpai pasukan mencari dan menyelamat pada jam 11.16 pagi semalam (16 September), kedua-dua mangsa, Stanley Saka, 21 dan Duwat Jabu, 23 sudah pun meninggal dunia. Manakala rakan dorang, Lawrance Jinal, 40 dalam keadaan lemah.

Menurut mangsa yang terselamat, mereka yang nak cari buah asam paya tu terjumpa satu sarang ular di bawah pohon kayu. Stanley dan Duwat dikatakan dah ganggu sarang ular berwarna hitam tu hingga sebabkan ular tu marah dan serang dorang berdua. Uishh kenapa lah suka cari pasal…

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ular Belalang ni jugak katanya bukan ular sembarangan tau. Menurut perkongsian kat Facebook, ular ni jugak dengarnya paling pantang kalau orang kacau sarang dorang. Kalau diganggu, ia akan kejar musuh dia sampai dapat! Uhuhu takutnya…

Buah asam paya | Sumber: Facebook

Malah ular ni jugak tak duduk kat sarang dia dan sentiasa ada di atas pohon untuk menjaga sarangnya. Rata-rata netizen di posting tu jugak menceritakan pengalaman yang sama dan ada juga yang beri tips supaya berjaga-jaga bila masuk ke hutan terutama kalau mencari buah asam ni.

Sumber: Facebook

So gais, beringatlah kalau masuk ke hutan. Jangan langgar pantang larang dan paling penting kalau nampak benda pelik jangan usik. Tak pasal-pasal jadi macam ni. Takziah buat keluarga mangsa. 

Baca: Remaja 14 Tahun Muat Naik Foto DIpatuk Ular, Meninggal Beberapa Jam Kemudian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.