in

“Kalau kena tikam, kenapa takda darah?” – Dakwa Dada Penyokong Indonesia Kena Tikam, MA Ini Tampil Cerita Situasi Sebenar

Feature Image Jawab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cerita pasal perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia mungkin sudah tidak hangat diperkatakan. Tapi apa yang masih hangat diperdebatkan adalah sikap penyokong itu sendiri.

Semasa perlawanan berlangsung terdapat beberapa aksi berbahaya yang dilakukan seperti kedua-dua penyokong saling berbalas membaling flare.


Sebelum ini ada juga video yang menunjukkan kerusi di Stadium Bukit Jalil itu dicabut dan dicampakkan ke arah penyokong Harimau Malaya.

Namun, seorang pengguna Twitter telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang cedera dan sedang dirawat oleh team perubatan.

https://twitter.com/mantanbepe/status/1197196394433372165?s=20

Menurut @mantanbepe, individu yang memuat naik gambar berkenaan, lelaki yang cedera merupakan seorang buruh yang bekerja di Malaysia dan dia telah ditikam di bahagian dada.

Wanita ini pada mulanya membuat threads berkenaan abangnya yang ditahan oleh pasukan polis Malaysia di stadium kerana dikatakan membuat kecoh semasa perlawanan berlangsung.

Oleh kerana tidak berpuas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadap abangnya itu, dia membuat threads yang menunjukkan abangnya itu tidak bersalah.

https://twitter.com/mantanbepe/status/1197187699821514753?s=20

Namun, tweet wanita berkenaan telah disangkal oleh seorang pengguna Twitter yang lain iaitu @zulfaiz57 yang merupakan seorang Medical Assistant (MA) yang bertugas di tempat kejadian dan antara salah seorang yang terlibat dalam merawat lelaki yang cedera itu.

https://twitter.com/zulfaiz57/status/1197517681324281856?s=20

Patient dalam gambar ni team medic aku yang respond, mana ada dia kena tusuk, cuma mata dia je merah sebab kena api flare, gauze dekat dada tu kami guna untuk basahkan untuk lap muka dia.”

Lelaki ini menjelaskan bahawa mangsa yang dikatakan cedera ditikam dekat bahagian dada sebenarnya hanya terkena api flare di bahagian muka dan dia tidak mempunyai sebarang luka atau cedera di kawasan dadanya.

Tambahnya lagi, kalau betul dadanya ditikam, kenapa tiada setitik darah langsung dekat kawasan badan mangsa.

Ramai juga netizen yang mengatakan tweet wanita tersebut hanyalah rekaan semata-mata disebabkan dia sendiri tidak berada di situasi berkenaan.

“Kuat drama dia ni”

Kelakar
Sumber: twitter

Haaa, kan dah terciduk bila orang yang memang betul-betul terlibat bagi kenyataan. Kita kalau tak tahu cerita sebenar, jangan lah pandai-pandai sebarkan fitnah.

 

Baca: “Dah kalah mengarut bukan-bukan” – Penyokong Indonesia Buat Hal, Claim Safawi Rasid Berasal Dari Medan Pulak??

Ipo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.