in

“Kalau kena dekat anak aku, memang aku cari mak bapak dia” – [VIDEO] Selamba Tendang Budak Lelaki Sampai Jatuh

Budak Tendang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Kalau kena dekat anak aku, memang aku cari mak bapak dia" - [VIDEO] Selamba Tendang Budak Lelaki Sampai Jatuh
Loading
/

Kata orang keperibadian dan perangai anak-anak tu bergantung pada bagaimana didikan yang dia terima di rumah, daripada ibu bapa. Sebab tu, bila video kanak-kanak ni viral ramai yang salahkan ibu bapa dia.


Viral dekat Facebook sebuah rakaman CCTV dekat indoor playground menunjukkan beberapa kanak-kanak tengah bermain gelongsor. Walaupun cuma berdurasi 9 saat tapi video tu cukup memberi impak kepada ramai netizen di Facebook terutamanya golongan ibu bapa.

Dalam video tu, seorang kanak-kanak berbaju putih dan berseluar biru dilihat menendang seorang lagi kanak-kanak lain. Dia dilihat tengah berpaut dekat palang gelongsor dan tiba-tiba ditendang sampai jatuh ke bawah.

Tendang

Tendang1

Tak lama lepas tu, seorang wanita dewasa dipercayai ibunya cuba menghampiri dan check keadaan kanak-kanak tu. Actually video ni pernah viral dulu tapi baru-baru ni viral lagi sekali dan telah meraih perhatian ramai parents yang (mungkin) first time tengok video tu.

Wanita yang pergi dekat kanak-kanak jatuh tu kemudian dilihat tuding jari dekat si pelaku sambil bercakap sesuatu, seolah-olah memberitahu seseorang dia yang tendang.

Budak1

Ramai netizen meluahkan rasa marah masing-masing. Ada yang salahkan kanak-kanak yang tendang tu dan ada yang kata mereka salahkan parents dia sebab tak didik anak dengan baik.

“Kalau kena dekat anak aku, memang aku cari mak bapak dia”

“Ini bukan nakal, ini jahat. Budak kecil-kecil ada ada emosi.”

“Mak bapak tak ambil port. Bukan nak pantau.. Tenung handphone sampai lebam.”

“Kadang budak-budak macam ni bukan sebab tak diajar, tapi mungkin ada benda lain yang dia stress tak dapat luahkan.”

Tak pasti dekat mana kejadian ni berlaku tapi harap ianya boleh jadi pengajaran untuk semua supaya lebih peka dengan aktiviti anak dan mendidik anak agar tidak berbuat perkara macam tu.

Tonton video penuh:

Baca: “Kalau aku jumpa, kaki naik muka lu…” – Video Geng Remaja 16 Tahun Buli Budak Tingkatan 1 Buat Netizen Bengang

Main Tampar Je

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.