in

“Kalau I p*g, anak I tu…” – Ibu Anna Jobling ‘Sound’ Netizen Biadap, Panggil Dirinya Kh*nzir

mama anna jobling marah netizen panggil pig

Kemelut hubungan anak beranak, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Arop nampaknya masih tidak berkesudahan apabila Ariz dilihat memuat naik screenshot memaparkan teguran yang diberikannya terhadap netizen yang bersikap biadap.

Dalam perkongsiannya di IG story, kelihatan screenshot komen dari Threads milik seorang netizen yang mengherdik Ariz dengan memanggilnya ‘pig’ atau khinzir.

SnapInsta.to 526641936 17846897571536146 4983468680156306298 n

Menurut komen tersebut, Ariz telah digelar sebagai seekor khinzir kerana isu pertelagahannya dengan Anna dan mempertikai tuduhan Anna tidak menghormati ibunya.

Nampaknya ibu (Anna) berperangai macam ‘babi’ sekarang. Dan Anna sedang menyelamatkan hidupnya. Bahagian mana yang dia tak hormat? 

“Canang apa-apa pun tidak. Dia cuma minta penjarakan “selagi maknya tidak mahu berubah”,” katanya.

Berasa berang dengan komen itu, ibu Anna membalas komen tersebut dengan mengatakan netizen tidak mengetahui cerita sebenar dan meminta supaya individu berkenaan untuk menjaga tepi kain sendiri.

Artikel berkaitan: “Play victim, narsis mom!” – Muat Naik Ucapan Hari Lahir Buat Anak, IG Ibu Anna Jobling Diserang Netizen

Artikel berkaitan: “Dah melawan, panggil aku kau” – Ibu Anna Jobling Dakwa Hubungan Renggang Berpunca Campur Tangan Pihak Ketiga

535183797 17850150027536146 4524131945758801092 n

Suka hati you jelah nak panggil I pig. Kalau I pig, mean anak I tu piglet lah ye? So you species apa pulak? You pun seorang yang biadab, cerita sebenar pun you tak tahu. 

“You tahu ke apa reason sebenar dia nak penjarakan? Jaga tepi kain sendiri, cakap guna fakta, jangan melulu, takut makan diri sendiri. Takut satu hari nanti you pun jadi pig juga,” tegur Ariz.

Sejak isu pergaduhan ibu dan anak ini tular, ramai di kalangan netizen dilihat membicarakan hal ini di media sosial dan ada juga yang mula berpihak dengan Anna serta mengkritik tindakan ibunya itu.

Terdahulu, Ariz mendedahkan yang dia telah menerima perintah injuksi pada Disember tahun lepas dan hanya dibenarkan berjumpa dengan Anna dalam jarak 100 meter.

Sebaiknya netizen janganlah jadi batu api, biarlah mereka selesaikan kes ini dengan sebaiknya. 

Sumber: Threads