in

“Kalau dengan result kau mesti tak ada asasi kan?” – Mesej Bongkak Lepasan SPM Ini Bikin Panas Netizen

Upu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan bahawa akademik juga memainkan peranan penting untuk membawa diri kita ke peringkat selanjutnya, namun begitu ia bukanlah pengukur untuk menjamin masa depan kita.


Tak perlu lah yakin sangat bila kita memperoleh keputusan yang memberangsangkan sampai keyakinan itu bertukar menjadi bongkak sampai nak menjatuhkan orang lain.

Geleng kepada je admin bila baca mesej riak ni, siap downgradekan orang lagi.

 

“Result aku gempak je”

Memang dah lumrah kalau dah menamatkan zaman persekolahan, percaturan hidup kita dah bermula. Sudah semestinya, harapan dan pilihan pertama yang mereka akan cuba nasib ialah untuk melanjutkan pelajaran.

Dari situ lah kita fikir hala tuju kita, cuba melihat bidang apa yang boleh diceburi. Mesti korang begini kan masa lepas SPM dulu?

Sama lah macam adik Afrina ni, mesej perbualan Whatsapp yang dikongsikan semula oleh rakannya ini membuatkan orang meluat dengan individu yang menjatuhkannya tu.

Anggap macam dirinya seolah-olah tak layak untuk menimba ilmu kerana keputusan individu tersebut cemerlang.

Result

Kawan nak mohon UPU dan cuba nak ambil Asasi berbanding diploma, mungkin nak perhatian lebih yang keputusannya baik sampaikan over confident yang dia tu boleh belajar tinggi tapi si Afrina ni tak layak.

Haihh kawan jenis apa lah dia ni.

Netizen bila baca mesej ni memang bengang, rata-rata mengecam dengan kenyataan dia tu, masing-masing melemparkan kata-kata sinis. Padan muka!

 

Sebab tu asasi puntak banyak offer, tak masuk lagi dah bodoh – Netizen

Asasi Asasi2 Asasi3 Asasi4 Asasi5

Dalam masa yang sama, ramai juga yang memberikan sokongan dan dorongan kepada adik Afrina ini, untuk terus bergerak ke hadapan.

 

Allah lebih tahu rezeki kita –  Netizen

Asasi6 Asasi7 Asasi8 Asasi9

Hurmm, keputusan SPM tu laku kalau nak bawa sambung belajar, belum tentu lagi kalau nak masuk kerja, dan keputusan gempak bila masuk kolej nanti pun belum tentu lagi senang timpa kerjaya yang kita nak. Tu je admin boleh cakap.

 

Baca : Pelajar Straight A SPM Bunuh Diri Terjun Bangunan Kerana Depresi

Aaa

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.