in

“Kalau demam campak kenapa sampai sekarang belum baik?” – Ibu Dua Bayi Buntu Penyakit Kudis Anak Tak Pulih-pulih

Kesian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sesiapa yang melihat keadaan dua anak wanita ni mesti akan pandang jijik dan takut untuk mendekati mereka kerana fizikal budak-budak tersebut yang berkudis teruk.


Hati ibu mana yang tak sedih kan? Seperti emak yang lain, dia pun nak anaknya sembuh tapi… apakan daya penyakit misteri anaknya ini masih belum temui penawarnya.

Kudis 1
sumber: harian metro

 

Terkesan dengan tohmahan, tiga beranak terpaksa pencilkan diri di dalam rumah

Menurut Harian Metro, disebabkan tak tahan asyik menerima tohmahan daripada masyarakat, Nurul Ain Abdullah, 29 dan dua anaknya memilih untuk pencilkan diri dan habiskan sebahagian besar masa mereka setiap hari di dalam rumah saja. Kesiannya…

Tiga beranak yang menetap di PPR Seksyen 8, Kota Damansara ini telah disahkan menghidap ekzema yang menyebabkan berlaku alahan dan kulit jadi kemerah-merahan itu.

Kudis 2
sumber: harian metro

Tambah Nurul Ain, dia sebenarnya sudah disahkan menghidapi penyakit ini semenjak remaja lagi. Tetapi tak lama dulu, doktor mengesan terdapat kudis pula di telinga anak sulungnya, Lela Safiya Azmi, 2, dan kanak-kanak ini disyorkan ambil suntikan vaksin pada usia 2 bulan.

 

“Kalau demam campak, kenapa sampai sekarang belum baik?” 

Macam manapun, harapan Nurul Ain untuk lihat anaknya Lela makin sembuh meleset apabila penyakit kulit kanak-kanak tu jadi semakin serius sejak setahun lepas sampai ibu malang ni jadi bingung dan tertekan dengan tohmahan orang ramai yang makin melampau.

“Masalah sama dihadapi adik Lela Safiya, Muhammad Nayl Safiy Shahrul Azmi yang kini berusia enam bulan, sejak dua bulan lalu.

“Keadaannya lebih serius berbanding kakaknya apabila badan Muhammad Nayl Safiy dipenuhi kudis menyebabkan kegatalan,” katanya.

Kudis 4
sumber: harian metro
Kudis 3
sumber: harian metro

Pun begitu, bila Nurul merujuk sakit anaknya kepada Hospital Sg Buloh, doktor hanya mendakwa budak-budak tersebut mengalami demam campak dan akan pulih dalam tempoh beberapa minggu.

“Kalau demam campak, kenapa sampai sekarang masih belum baik?

“Masalah kulit Lela Safiya sudah berlarutan lebih setahun manakala Muhammad Nayl Safiy, pula sudah lebih dua bulan, namun tidak menunjukkan sebarang tanda akan pulih,” kata Nurul Ain.

 

Nak hantar ke pakar kulit tapi gaji suami hanya RM850

Bukan ibu bapa ini tak pernah terfikir nak bawa anak mereka pergi ke klinik pakar kulit, tapi kos perubatan di sana sangat mahal dan pendapatan bapa kepada budak tersebut yang bekerja sebagai kelindan lori hanya RM850 sebulan.

“Pernah suatu ketika saya terpaksa menebalkan muka untuk meminjam wang daripada ibu saudara dan adik-beradik semata-mata mahu beli ubat serta makanan untuk anak.

“Sebagai ibu, saya rela berlapar dan mendahulukan keperluan anak termasuk membeli ubat untuk mereka. Saya tak sanggup melihat anak merengek kerana kegatalan akibat kudis pada badan,” kata Nurul Ain.

Kudis 5
sumber: harian metro

Katanya lagi, dengan gaji RM850, mereka perlu membayar sewa rumah sebanyak RM250 tetapi kos perubatan dan perbelajaan harian mereka pula sudah mencecah RM1,200. Manalah cukup untuk tanggung keperluan bagi bulan tersebut.

 

Tak pernah dapat bantuan dan tak mahu meminta-minta, hanya nak anak pulih

Menurut Nurul Ain, sebelum ini dia ada meminta bantuan pihak berkaitan tapi permohonannya ditolak lalu ini membuatkannya serik untuk hantar permohonan lagi.

“Kalau boleh saya tak nak meminta-minta atau meraih simpati daripada orang ramai, mungkin ada insan lain lebih susah berbanding kami.

“Apa yang amat saya harapkan sekarang ini adalah dua beradik ini pulih semula, tak sanggup lagi melihat mereka merengek dan menangis akibat masalah kulit dialami,” kata Nurul Ain.

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, korang boleh saja sumbang menerusi akaun Maybank 162085464155 Nurul Ain Abdullah.

Semoga adik-adik comel ini cepat sembuh! 

Baca: Sebatang Kara, Sakit Mental, Tinggal di Rumah Penuh Sampah

Mental

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.