in

“Kalau content kosong, what’s the point?”- Rafidah Aziz Dakwa Perkasakan BM Tak Bantu Bangunkan Malaysia

Fi Bm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, timbul berita bahawa Bahasa Kebangsaan Malaysia, Bahasa Melayu sedang dalam perbincangan untuk dijadikan bahasa rasmi kedua ASEAN.


Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob berkata, Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa yang digunakan secara meluas di seluruh negara ASEAN, jadi tidak ada sebab untuk keputusannya itu ditolak.

Di samping itu, Menteri Luar Negeri Dato’ Sri Saifuddin Abdullah pula sebelum ini juga telah menulis surat rasmi kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken dalam Bahasa Melayu.

Foqjt1Uacaiy9Fg

Foqjt1Wamaarmra

Pun begitu, tindakan kerajaan untuk memperkasakan bahasa kebangsaan ini dikritik oleh bekas menteri, Tan Sri Dato’ Seri Rafidah binti Aziz. Hal ini dikatakan kerana tindakan tersebut tidak akan dapat membantu rakyat Malaysia untuk bersaing dalam era moden ini.

Fo26Glzaaaidwcx

“Kalau bagus berucap dan berpuitis dalam Bahasa Melayu sekali pun, tapi isi yang disampaikan itu kosong, what’s the point?”- soal Rafidah.

Namun, dalam pada itu beliau juga menekankan agar tidak disalah ertikan dengan sifat nasionalism. “Penguasaan sesuatu bahasa bukanlah satu hal yang penting tetapi lebih kepada apa yang kita ungkapkan dan cara kita berkomunikasi,” katanya lagi.

Selain itu, Rafidah juga telah mengkritik keputusan kerajaan yang mewajibkan pelajar-pelajar asing di Malaysia untuk belajar Bahasa Melayu. Hal ini kerana menurutnya Bahasa Inggeris lebih dikenali secara global, jadi Malaysia tak sepatutnya undur ke belakang dengan memperkasakan Bahasa Melayu.

Bagi min dua-dua bahasa tu penting untuk semua kuasai, korang setuju tak?

Sumber: BFM News

Baca: Bahasa Melayu Antara Bahasa Komunikasi Paling Banyak Digunakan Di Mekah Madinah

Baca Bm

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.