in

“Kalau boleh hukuman gantung” – Suami & Keluarga Istiqomah Reda, Mahu Pelaku Kena Hukuman Setimpal

Ft Cikgu Istiqomah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Biarpun terpaksa menerima suratan takdir dengan kematian Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, suaminya, Mohd Yusof Mokhtar, 35 mahu hukuman setimpal terhadap pelaku dan kalau boleh dikenakan hukuman gantung.

Menurutnya, keluarganya menuntut supaya hukuman keras dikenakan terhadap si pelaku itu kerana terlalu kejam dan tidak berperikemanusiaan.


Artikel berkaitan : Dilapor Sudah Hilang 8 Bulan, Polis Sahkan Mayat Tanpa Kepala & Tangan Milik Cikgu Istiqomah

Artikel berkaitan : Anak Pemilik Restoran Maut, Dibunuh Kerana Dendam

“Dia isteri yang baik, kalau ada apa-apa dia akan minta izin dengan saya. Saya nak keadilan baginya, memang kejam dia (pelaku) buat macam itu.”

Lebih menyedihkan lagi, dia berharap agar anak-anaknya iaitu Naura Auni, 9, Muhammad Naufal Amzar, 6 dan Nayla Aisya, 4 dapat memahami tentang pemergian ibu mereka selepas penantian kira-kira lapan bulan.

“Anak sulung saya banyak diam, termenung dan rindukan ibunya. Saya beritahu dan pujuk dia, abah ada, datuk dan nenek pun ada. Anak sulung dan kedua tidak menangis, dia akan kata mama (arwah) pergi ke sekolah.”

“Anak sulung saya sebelum ini tidak mahu pergi sekolah kerana kawannya selalu bertanya ibunya sudah hilang. Sikap anak sulung seperti isteri saya iaitu seorang pendiam dan suka tolong orang.”

Dalam pada itu, ibu mangsa, Saleha Ya, 58 berkata kali terakhir dia bertemu arwah anak sulung daripada 2 beradik itu ketika bercuti, kira-kira dua hari sebelum Istiqomah dilaporkan hilang.

Jelasnya, semasa bercuti bersama keluarga di Morib, Selangor, mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sehingga dimaklumkan berita kehilangan anaknya itu oleh Mohd Yusof.

Katanya, sepanjang kehilangan anaknya itu, dia bersama-sama suami, Ahmad Rozi Latimin, 64, yang tinggal di Pasir Mas, Kelantan, telah membuat ujian DNA di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam dan IPD Alor Gajah.

Screenshot 2024 08 12 131411

“Kami sekeluarga pasrah dengan ketentuan ilahi. Dia suka bantu orang, kalau orang tu tak ada duit, kadang-kadang dia kata umi orang tu tiada ada duit, bagilah sikit, dengan mak saudara dia pun selalu dia hulur bantuan bagi bulan-bulan.”

Bapanya, Ahmad Rozi berkata jenazah arwah akan dibawa balik dan dikebumikan di Kampung Kubang Badak, Pasir Mas, selepas selesai proses tuntutan jenazah.

“Sekarang kami sedang menunggu proses bedah siasat di hospital siap, tidak tahu bila, apabila siap jenazah akan dibawa terus ke Pasir Mas untuk dikebumikan di sana.”

Untuk rekod, guru Sekolah Kebangsaan Kota Masai 3 berusia 24 tahun itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja.

Sehari selepas kehilangan, kereta milik arwah ditemui di sebuah pasar raya terkemuka di bandar raya ini dan 28 Disember lalu, berita berkaitan kehilangan Istiqomah mula tular dan Mohd Yusof menyatakan sudah mengusahakan pelbagai cara untuk mengesan isterinya termasuk mendapatkan khidmat perubatan Islam.

2684412

6 Januari lalu, seorang wanita ditemui dibunuh dengan kejam apabila bahagian badannya ditemui disumbat dalam tong sampah dan dibuang dalam longkang di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, pada 31 Disember lalu namun identiti mangsa ketika itu masih belum diketahui.

Hari ini, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah mengesahkan mayat tanpa kepala, badan dan tangan yang ditemui dalam tong sampah pada 31 Disember lalu itu adalah milik Istiqomah.

Sumber : Berita Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.